suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis, budak 5 tahun maut tertinggal lebih 4 jam dalam van sekolah

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah van sekolah. -Gambar hiasan

POLIS menyiasat kes seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai tertinggal lebih empat jam di dalam sebuah van sekolah di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa dipercayai tertinggal di dalam van selepas pemandu menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika tersebut, kira-kira pukul 7.30 pagi.

"Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam van berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari. Dia kemudian disahkan meninggal dunia.

"Polis menahan pemandu van sekolah berusia 56 tahun pada pukul 2.40 petang hari yang sama di kawasan Bukit Indah," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Kumarasan berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing menunjukkan keputusan negatif dadah.

Tambah beliau, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 7 Mei, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk bedah siasat," katanya.

 

 

Artikel Lain