suria

Menantu ‘hambakan’ mentua suruh mengasuh bayi, siap ungkit bayar RM250 sebulan... Permintaan ditolak, ugut nak gugur kandungan!

Nenek sering dijadikan 'mangsa' untuk menjaga cucu. - Gambar hiasan

ATAS dasar kasih kepada cucu selain kasihan kepada menantu dan anak yang terpaksa mengeluarkan belanja besar menghantar si kecil ke pusat asuhan, kebanyakan ibu bapa menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai pengasuh.

Bagaimanapun sebagai anak kita perlu bertimbang rasa untuk tidak terlalu membebankan orang tua lebih-lebih lagi ketika mereka di mamah usia.

Namun lain pula bagi wanita ini yang merungut apabila mentuanya menyatakan sudah tidak bertenaga untuk mengasuh anak kecil.

Menerusi posting yang tular, wanita terbabit dikatakan baru melahirkan anak awal Januari lalu dan kini sedang hamil sekali lagi dan dijangka menyambut kelahiran cahaya mata seterusnya pada Januari tahun depan.

“Aku baru bersalin Januari lepas... bulan Januari next year bersalin lagi. Tengok cara mentua balas, terkilan aku rasa.

"Aku bukan suruh jaga saja (tanpa habuan), bayar banyak kot sampai RM250. Kadang-kadang RM300 sebulan. Rasa macam nak gugurkan ja

“Daripada mentua duduk rumah saja-saja, sekurang-kurangnya dapat juga RM200 ke RM300 aku bayar,” luahnya.

Posting yang dibuat seorang wanita mengundang pelbagai amarah netizen.

Posting yang dibuat seorang wanita mengundang pelbagai amarah netizen.

Pada posting sama turut dikongsikan perbualan antara wanita itu dengan mentuanya di aplikasi WhatsApp bagi berkongsi tentang berita kehamilan tersebut,

Namun jawapan balas si ibu mengundang rasa marah wanita berkenaan.

"Ma (mama) dah tak larat. Setahun sampai dua baby," tulis si ibu sambil berpesan supaya mereka membeli alat pengepam susu badan.

Posting itu turut dikongsikan seorang pelayar Twitter dikenali sebagai Syafiqah sehingga diulang kicau lebih 2,000 kali.

Dia kemudian mengulas tentang bayaran yang diberikan wanita tersebut kepada mentua sebagai upah menjaga anak.

Menurutnya, gaji minimum pada masa ini adalah RM1,500 dan bayaran bagi penjagaan di taska adalah sekitar RM500 bagi seorang bayi.

“Seorang penjaga taska hanya boleh jaga maksimum tiga bayi. Kalau hantar taska, minimum untuk bayi adalah RM500 seorang.

to shoot the home-based taska . They can�t renew their licence with the new stringent regulations by Pbt. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Kos menghantar bayi ke pusat asuhan dianggarkan sekitar RM500 seorang. -Gambar hiasan

Rate RM250 ke RM300 ni tak ambil kira kos inflasi, barang-barang semua naik harga. Jaga bayi penat kot,” ciapnya.

Malah katanya, penjagaan bayi juga melibatkan beberapa kos lain termasuk lampin pakai buang, susu, mainan, perubatan dan sebagainya.

Tambahnya, minimum perbelanjaan menjaga bayi bagi ibu bapa bekerja adalah sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan.

“Bayi pula kalau kita tak pilih tempat yang bagus untuk jaga, boleh senang jatuh sakit. Seeloknya hantar di tempat yang berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

Babysitter ni susah sikit sebabnya tiada CCTV (kamera litar tertutup) kat rumah, kalau jadi apa-apa dekat anak kita, tiada rekod CCTV. Kena selalu doa dan periksa keselamatan anak, tubuh badan anak apabila balik untuk memastikan tiada luka-luka atau lebam pada badan,” jelasnya lagi.

Mak saya pun kena jaga dua anak kakak, memang penat... buat anak pandai fikirlah nak hantar dekat siapa!

NETIZEN

Perkongsiannya itu kemudian mengundang pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-ratanya menyelar sikap wanita terbabit yang masih membebankan orang tuanya.

Bagi warganet, ibu bapa mahupun mentua tidak sepatutnya dibebankan dengan tanggungjawab menjaga cucu di usia emas.

Mereka sepatutnya berehat serta menenangkan diri dengan melakukan aktiviti yang disukai seperti ke kelas agama atau surau.

“Mereka ingat parents relaks kat rumah.... Memang pun! They deserve it, time mereka jaga anak dah habis sekarang boleh relaks dan buat benda lain bukan dibebankan lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesara tentera dah tak garang sejak ‘mengasuh’ cucu, siap ajar menantu mandikan baby - “Dulu dia pernah bakar baju di ampaian”

ARTIKEL BERKAITAN: “Terkejut mak kau... anak aku botak!” - Pengasuh memandai-mandai potong rambut, ibu kecewa hero comel jadi macam askar!

So entitled. Your parents aren’t supposed to be your babysitters. Pandai buat anak, pandai la figure out the care. Tak sedar diri.

“Biadab betul nak suruh parents jaga. Anak sendiri tanggungjawab sendirilah. Hello Ustaz Wadi tengok ni ada manusia nak menghambakan mak dia. Tolong tazkirah sikit bagi ingat api neraka.

Warganet berang dengan status wanita terbabit yang kononnya merajuk kerana mentua enggan menjaga anaknya.

Warganet berang dengan status wanita terbabit yang kononnya merajuk kerana mentua yang enggan menjaga anaknya.

“Masa tua ni emak ayah nak ngaji, pergi surau, dengar majlis ilmu, berzikir. Masa muda tak dapat nak buat semua tu sebab berpuluh tahun membesarkan anak. Cuba jangan kacau masa emak ayah yang nak siapkan diri untuk berpindah alam,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu terdapat juga pelayar Twitter berkongsikan kisah ibu serta saudara mereka yang terpaksa menjaga cucu atas permintaan anak sendiri.

Lebih menyedihkan apabila ada yang terpaksa menjaga cucu selama hampir 16 jam disebabkan anak dan menantu keluar bersama rakan-rakan selepas waktu kerja selain diberi upah tidak setimpal yang disifatkan sebagai 'ambil syarat'.

"Ini yang ibu beritahu kakak saya, tapi dia salah faham kononnya tak mahu jaga anak dia. Mak saya sudah pencen, ibu tunggal yang ada kehidupan. Nak pergi kelas mengaji, lunches with friends.

"Mak saya pun kena jaga dua anak kakak, memang penat. Yes they are her grandchildren but mak tu dah tua, nampak duduk rumah tak buat apa, senang cakap begitu. Buat anak pandai fikirlah nak hantar dekat siapa," kongsi beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain