suria

Gara-gara ‘request’ nak terlajak pedas, gadis ini disindir peniaga! Dapat ayam geprek bersalut sambal... “Nah kau nak sangat kan!”

Aida terkejut selepas menerima tempahan ayam gepreknya.

MAKANAN pedas sangat sinonim dengan cita rasa masyarakat Malaysia terutama sekali orang Melayu yang terkenal dengan sambal sebagai penambah selera.

Boleh dikatakan sambal atau masakan berunsurkan cili wajib dihidangkan bagi melengkapkan sajian.

Baru-baru ini kisah gadis bernama Nur Aida Syamimi, 18, yang memesan menu nasi ayam geprek dari sebuah restoran di Kota Samarahan, Sarawak menerusi aplikasi perkhidmatan penghantaran mencuri perhatian ramai.

Dek kerana meninggalkan nota agar diberikan sambal yang banyak dan pedas, hajatnya itu ditunaikan pengendali restoran.

Apa yang 'menyeramkan' namun lucu ialah sambal yang diberikan terlalu banyak hingga menutupi keseluruhan bahagian paha ayam.

Ketika dihubungi mStar, anak gadis ini mengakui terkejut melihat sambal yang melimpah di atas ayam.

Pesanan yang dibuat Aida.

Pesanan yang dibuat Aida.

“Saya dah lama teringin nak makan ayam geprek. Disebabkan saya jenis yang selalu duduk rumah dan malas nak keluar cari, saya buat tempahan online.

“Menu di kedai ni nampak menarik, jadi saya request pedas dan banyak sambal sebab selama ni saya beli kat kedai lain sambal yang diberikan sikit sangat,” ujarnya yang pertama kali membeli di kedai tersebut.

Menurutnya, sepanjang menikmati ayam geprek di beberapa kedai sekitar, hanya kedai tersebut sahaja yang menyediakan sambal pedas mengikut seleranya.

Bagaimanapun, tahap kepedasan adalah sekitar tujuh per sepuluh walaupun sambal yang diberikan banyak.

“Saya makan semua tapi tahap pedas dia 7/10 saja.

“Mungkin tu standard kepedasan yang mereka buat, iyalah kalau pedas sangat nanti macam mana dengan pelanggan yang lain pula sebab tak semua makan pedas,” ujarnya.

Aida gemar makan pedas sejak kecil.

Aida gemar makan pedas sejak kecil.

Meskipun menghabiskan kesemua sambal tersebut, dia tidak mengalami simptom sakit perut atau cirit birit seperti sesetengah orang.

“Setakat ni tak ada apa-apa... tapi dulu selalu makan pedas contohnya macam samyang. Hampir setiap hari makan sehinggakan satu hari tu saya dimasukkan ke hospital. Kejadian sekitar tahun 2018,” imbasnya.

Mengakui pernah makan cili mentah seperti ulam-ulaman, ujar Aida, dia lebih gemar menikmati sambal yang sudah ditumis.

Katanya, ia disebabkan rasa cili mentah sedikit pahit dan cengih.

Saya request pedas dan banyak sambal sebab selama ni saya beli kat kedai lain sambal yang diberikan sikit sangat.

NUR AIDA SYAMIMI

Bagaimanapun, dia mengakui hanya mengambil makanan pedas apabila betul-betul teringin namun sambal belacan atau cili potong bersama kicap perlu ada setiap kali makan.

Dalam pada itu, Aida turut mendoakan semoga kedai tersebut sentiasa didatangi pelanggan dan dimurahkan rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: Selera eksotik! Makcik bertudung, atuk pakai kopiah jual sate ular... Ramai pesan jangan suka-suka cuba makanan tepi jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘bertapa’ 4 jam di restoran makanan segera tak putus pelanggan, staf menangis bila ditanya ‘adik ok ke?’

Video perkongsiannya itu tular di aplikasi TikTok dan ditonton lebih 1.1 juta pelayar.

Melihatkan sambal yang meliputi ayam goreng, warganet menyatakan rasa takut untuk makan selain bimbang akan sakit perut.

Usianya baru mencecah 18 tahun.

Usianya baru mencecah 18 tahun.

“Ni bukan kelakar sebenarnya, boleh membahayakan diri sendiri. Badan nak pakai lama ingat tu, benda ni boleh sebabkan kanser usus dan maut.

“Takutnya meletup perut. Ulang alik ke tandas nanti.

“Ni boleh bermalam kat tandas. Best permintaan dilayan, aku minta tak ada vendor layan pun,” luah beberapa netizen.

Dalam pada itu terdapat juga pelayar media sosial yang menyatakan pihak restoran sengaja menyindir Aida kerana permintaannya.

“Abang kedai be like... ‘nah kau nak sangat kan’.

“Yang tolong bungkus tu mesti tengah gelak kat sis... kau nak sangat,” ujar beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain