suria

[V] Pemilik homestay syukur dapat penyewa ‘rare’... Mengaku langgar ‘sliding door’, tak kisah ‘terbang’ RM1,000 kos ganti rugi

Pintu gelangsar di homestay milik individu berkenaan rosak selepas tetamunya tidak sengaja terlanggar ketika mengundur kenderaan.

MUNGKIN ramai beranggapan menjadi pemilik homestay hanya sekadar menyediakan tempat bermalam dan meraih pendapatan menguntungkan. 

Namun realiti tak seindah yang disangka.

Di sebalik gambar cantik homestay yang dikongsi di media sosial, pemilik sebenarnya berdepan pelbagai cabaran, daripada tetamu yang tidak menjaga kebersihan, merosakkan barang, sehinggalah kejadian di luar dugaan.

Bagaimanapun, ada juga tetamu yang baik dan bertanggungjawab sebagaimana perkongsian oleh seorang pemilik homestay ini. 

Pintu gelangsar yang sudah diganti baharu.

Menurut individu itu, anak kepada tetamunya tanpa sengaja melanggar pintu gelangsar [Tonton Video] ketika mengundur kenderaan yang diparkir di dalam pekarangan homestay miliknya yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Akibatnya, dua panel cermin pintu gelangsar tersebut retak dan perlu diganti.

Walaupun situasi itu agak mengejutkan, pemilik homestay meluahkan rasa syukur kerana tetamu berkenaan tidak hanya diam malah sedia untuk bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Usir tetamu, campak keluar barang! Pemilik homestay dedah kisah sebenar - “Ada duit bukan pelepasan buat apa saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Pening kepala dapat tetamu homestay ‘jiwa pendekar’, habis semua pintu dikerjakan! Tiap-tiap bulan ada kes

Sebaliknya, mereka tampil memohon maaf dan membayar kos ganti rugi.

"Nasiblah dapat guest yang bertanggungjawab. Kalau dapat jenis dari 'neraka', jenuh nak repair," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Menurut individu itu, kos menggantikan pintu gelangsar itu dianggarkan sekitar RM1,000.

Rezeki sis guest mahu ganti. Tak lari dari RM1,000 kalau sekali tinted.

NETIZEN

"Guest yang cari orang repair. Alhamdulillah dah repair. Semua urusan dipermudahkan," tulisnya lagi sambil memuat naik gambar pintu gelangsar homestay yang sudah diganti baharu. 

Tidak menyangka perkongsian videonya meraih sehingga melebihi 800,000 jumlah tontonan, individu itu berkata niatnya hanyalah mahu berkongsi kisah mendapat tetamu yang bertanggungjawab.

Malah ujarnya, perkongsian video tersebut di laman sosial juga mendapat kebenaran tetamunya agar ia dijadikan iktibar.

Antara komen warga maya terhadap perkongsian tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tetamu homestay berkenaan kerana bersikap jujur dan mengambil tanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.

"Alhamdulillah nasib baik guest dari syurga.

"Rezeki sis guest mahu ganti. Tak lari dari RM1,000 kalau sekali tinted.

"Guest kepenatan tu... sebab tu saya kalau drive jauh-jauh, park depan homestay dulu," demikian antara komen netizen. 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain