Suami isteri perlu saling menghormati dan menjaga hati agar hubungan kekal harmoni. -Gambar hiasan AI
DALAM sesebuah rumah tangga, cabaran bukan hanya datang daripada pasangan semata-mata.Sebaliknya, campur tangan orang sekeliling seperti ahli keluarga juga boleh memberi kesan terhadap keharmonian perkahwinan. Berdepan situasi yang sama, seorang wanita tampil membuat luahan di laman sosial mengenai rasa kurang senangnya terhadap sikap ibu mentua yang kerap 'mengganggu' suaminya.Lelaki yang sudah berkahwin tetap mempunyai tanggungjawab terhadap ibunya. -Gambar hiasan "Saya rindu suami walaupun dia dekat sebelah. Ibunya selalu sangat call dia. Dari pagi sampai ke malam buta. Tak kira masa, di mana jua."Kadang tu terdengar, random je topik contohnya lepaskan kucing dari sangkar, main dengan anjing jiran, terserempak dengan saudara dekat dobi. Harmless topic je. "Cumanya.... anak dia dah berkahwin tau. Kadang tu macam tak kena masa, tak kena tempat. Turn off terus. Dan bukan sekali dua. Banyak kali. Boleh dikatakan setiap hari," tulisnya dalam perkongsian tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteriARTIKEL BERKAITAN: Mentua kaki pusing, guna suami ambil ‘personal loan’ buat rumah... Lepas siap ipar-duai ‘rasmi’ dulu, pemilik disuruh pindah!Bukan mahu memisahkan atau menidakkan hubungan antara seorang ibu dengan anak, wanita tersebut berpandangan mentuanya itu terlalu berlebih-lebih sehingga dirinya sebagai isteri berasa tersisih. "Saya tahu mak dia rindu dia. Setiap hari suami pergi rumah mak dia. Sebelum pergi kerja, balik kerja. Pernah juga, suami balik hanya untuk makan malam dengan saya dan dia pergi rumah mak dia semula, balik pukul 4 pagi.Seorang wanita kurang senang dengan sikap ibu mentua yang kerap menghubungi suaminya.Ibu mentua sering menelefon suaminya tanpa mengira masa.Wanita itu berasa tersisih kerana suami lebih banyak meluangkan masa bersama ibu malah setiap hari pergi menjenguk wanita itu di rumah.Walaupun menyayangi mentua, dia mengakui sikap tersebut membuatkan dirinya jauh daripada suami.Netizen menasihatkan agar perkara itu dibincangkan demi keharmonian rumah tangga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Basically, suami lagi lama habiskan masa dengan keluarga dia berbanding dengan saya. Bila dia dengan saya, mak dia masih lagi call."Saya sayang mak mentua tapi sikapnya buat saya tak selesa dan rasa jauh daripada suami," luahnya lagi.Tidak lagi mampu memendam perasaan, dia becadang untuk menyuarakan perkara berkenaan kepada suaminya untuk mencari penyelesaian.Sebahagian daripada komen netizen."Doakanlah perbincangan berjalan lancar dan tak ada pergaduhan berlaku," kongsinya lagi.Di ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi bercampur, dengan ada yang berpendapat wanita berkenaan tidak seharusnya terlalu sensitif apatah lagi suaminya akrab dengan ibu sendiri.Namun, ada juga yang menyarankan wanita itu supaya bersuara jika mahu rumah tangganya harmoni.