suria

Wanita tertekan disindir tak bekerja setiap kali balik kampung mentua… Sedih suami tak percaya, tuduh reka cerita

Tidak semua wanita dapat menyesuaikan diri dengan cara keluarga mentua. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan terhadap layanan keluarga mentuanya setiap kali pulang ke kampung suami.

Menurut wanita itu, suaminya terlalu mengutamakan keluarga sendiri sehingga tidak menyedari apa yang berlaku ketika dia ditinggalkan bersendirian di rumah mentua.

"Suami aku ni selalu pentingkan family dia. Dia tak tahu apa jadi dekat belakang masa dia tiada dekat rumah setiap kali kami balik kampung.

Teguran serta kritikan boleh mengguris hati tanpa kita sedari. -Gambar hiasan

"Bila balik kampung, dia duduk kejap-kejap je dekat rumah. Selebihnya pergi melepak, konon jarang balik kampung, jarang jumpa kawan," luahnya.

Wanita itu mendakwa, sepanjang ketiadaan suami, keluarga mentua kerap mengata dirinya termasuk mempersoalkan mengapa dia tidak bekerja mencari pendapatan sendiri.

Lebih menyedihkan, suaminya bukan sahaja tidak percaya, malah memarahinya setelah dia cuba berkongsi perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat hadap sikap ipar ‘joykiller’, tak boleh tengok orang lain lebih! Iri hati setiap kali anak dipuji

ARTIKEL BERKAITAN: Tawar kakak ipar jadi ibu susuan, abang minta 'lebih' nak jadikan anak angkat! Wanita risau hilang hak ke atas bayi dilahirkan luar nikah

"Mereka mengata aku kenapa tak kerja sebab duit suami tak cukup nak beli susu dan lampin bayi anak kami. Lepas tu kakak dia sindir aku.

"Bila aku mengadu dekat suami, dia tak percaya siap cakap aku 'buat mulut'. Lepas tu dia maki aku macam-macam. Benda bukan sekali tau.

"Banyak kali sampai aku dah left (keluar) daripada semua grup WhatsApp famili dia. Tak nak cari tapi suami tetap suruh aku berhubung dengan mereka," ujarnya lagi.

Tekanan yang diberikan keluarga mentua ini membuatkan wanita itu tidak lagi mahu pulang ke kampung suaminya.

  • Wanita tertekan disindir mentua bila suami tiada.
  • Ipar persoal dia tak bekerja, duit suami tak cukup.
  • Suami tak percaya, tuduh dia buat cerita.
  • Dia keluar semua grup keluarga mentua.
  • Netizen nasihat kumpul bukti, jangan paksa balik kampung.

Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersimpati serta memberi pelbagai cadangan sebagai solusi.

"Kalau saya, rakam suara dan tunjuk bukti dekat suami. Lepas tu terpulang la dia nak percaya ke tidak.

"Macam mana la awak hadap ipar tak suka ni ye. Kalau saya la memang tak balik kampung. Buat jatuh air muka je. Macam orang pulaukan kita.

"Tak payah la awak ikut balik kampung kalau perangai ipar macam tu. Buat makan hati awak je. Lebih baik kamu balik kampung sendiri," komen beberapa netizen.

Artikel Lain