suria

Guru bersangka buruk tengok budak tak doa, zikir selepas solat! Terus muhasabah diri dapat tahu hakikat ibadatnya A+++

Seorang guru berkongsi cerita mengenai seorang budak di surau R&R. -Gambar sekadar hiasan

NAMPAKNYA ramai sudah mula berpusu-pusu pulang ke kampung halaman sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Ketika lalu di lebuh raya, pasti ada yang singgah sebentar di hentian Rehat dan Rawat (R&R) untuk melakukan pelbagai urusan.

Kebiasaannya ramai yang berhenti rehat kerana keletihan atau mahu menunaikan solat di surau yang disediakan.

Guru berkenaan singgah di R&R untuk menunaikan solat. -Gambar sekadar hiasan

Seorang guru berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang budak di surau ketika singgah solat di R&R.

Tanpa menjelaskan tentang tujuan atau destinasinya memandu di lebuh raya, guru berkenaan, Mohamad Yusof Sulehin berkata, budak tersebut menjadi perhatiannya kerana tidak ramai berada di surau ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru belajar sesuatu selepas kena 'tazkirah' dengan murid sebab berlengah bantu kucing! Pagi 'terbang' RM120, malam dapat RM1,200

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa pelajar jadi rider di restoran, guru hulur duit poket tapi ditolak! Berlaku sesuatu tak disangka selepas habis makan

"Tadi saya baru solat kat R&R. Depan saya ada seorang budak. Habis solat dengan tak zikir, tak doa, dia terus cabut.

"Padahal tak ada la ramai sangat orang kat surau ni. Bila saya keluar, dari jauh saya nampak budak tadi menghadap telefon.

"Mengadap telefon boleh pula, tadi doa tak menyempat... saya kata dalam hati," tulisnya di Facebook Muhammad Yusof.

Perkongsian di Facebook Muhammad Yusof.

Namun guru yang berkhidmat di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor itu berdepan situasi yang tidak disangka-sangka sebaik melintas di hadapan budak tersebut.

"Bila saya lalu depan budak tu rupanya dia tengah dengar qari mengaji, sambil ikut bacaan.

"Allahuakbar, betul la bulan puasa ni Tuhan ajar kita bukan sekadar tahan lapar dan dahaga, tapi Tuhan jugak minta kita jaga diri dan hati," ujarnya dengan perasaan kagum terhadap budak berkenaan.

Didik hati kita bersangka baik.

NETIZEN

Berdasarkan pengalaman itu, Mohamad Yusof sedar betapa pentingnya sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.

"Kadang-kadang, kita pandang ibadat orang dengan ibadat kita, kita rasa kita dapat A dah di sisi Allah, padahal ibadat orang lain tu dapat A+++ siap dapat jaminan syurga Allah.

"Kita je perasan diri kita bagus. Saya cakap untuk diri saya.

"Saya tulis status ni untuk diri saya, sementara Tuhan jentik hati saya ni, jadi saya kongsikan kepada semua. Moga ada manfaatnya," ujarnya lagi di Facebook.

Antara komen netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi reaksi dan pandangan masing-masing.

"Tazkirah hati sendiri, muhasabah untuk yang lebih baik.

"Paling malang bila kita rasa kita dapat A. Padahal orang lain dapat A++++, hakikat sebenar kita dapat F.

"Ya Allah, memang benar. Didik hati kita bersangka baik kan.

"Allahuakbar, buat rasa diri rasa insaf," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain