suria

Netizen terhibur wanita ‘menggelupur’ marah-marah sebab tak baca iklan, bayar RM20 harap dapat iPhone

Ada pelanggan yang terpedaya kerana tidak membaca iklan itu dengan teliti.

PLATFORM beli-belah dalam talian menawarkan seribu satu produk yang mungkin tidak pernah terlintas dalam fikiran kita.

Antaranya wujud peniaga online yang menjual kotak telefon bimbit berjenama Apple pada harga antara RM9 sehingga RM18.

Biasanya, mereka yang kehilangan bungkusan asal akan membeli kotak itu ketika mahu menjual semula iPhone mereka kepada pembeli secondhand.

komen

Ramai netizen terhibur dengan kesilapan yang dilakukan wanita itu.

Biarpun penjual telah memberi keterangan tentang 'kotak' itu, namun masih ada pelanggan yang keliru sehingga mereka terbeli produk tersebut.

"Tak tahu nak nangis atau gelak. Padahal seller dah highlight kat atas tu, siap guna dua bahasa lagi," tulis Iqmal Safuan yang berkongsi kisah itu di Facebook.

Menerusi satu tangkap layar, seorang pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati di ruangan reviu kerana 'tertipu' dengan pembelian kotak berkenaan.

Bayar tak sampai RM20, expect dapat phone sekali... terang-terang tulis kotak sahaja.

NETIZEN

"Ingatkan dapat phone sekali, dapat kotak kosong je. Membazir je beli yang tak berfaedah semua ni," tulis seorang pelanggan wanita.

Peniaga online itu kemudiannya tampil menjawab komen wanita berkenaan yang terlebih dahulu meninggalkan rating satu bintang untuk produk tersebut.

"Bos ni memang kotak saja. Product pages dan product details semua tulis box only atau kotak sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dunia nak kiamat, takut tak sempat ada iPhone' - Pelajar PT3 mesej peniaga online minta telefon percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga nak tunjuk cara menggoreng, iPhone terjatuh masuk periuk! Walau tenggelam, tetap sambung ‘kerja’ rakam suasana dalam minyak panas

"Kami juga ada call dan Shopee chat confirm dengan bos lagi sebelum pos, dan sebelum pos kami ada siap ambil gambar dan hantar kat Shopee chat juga. Please check balik ya," jawab peniaga berkenaan.

Posting menerusi page Facebook B40 Buat Apa Harini itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya terhibur dengan kecuaian pelanggan wanita itu sehingga dia dilabel tidak pandai membaca.

"Bayar tak sampai RM20, expect dapat fon sekali. Dah terang-terang tulis kotak sahaja.

iphone2

Produk iPhone keluaran Apple menjadi kegilaan ramai anak muda masa kini.

"B40 yang menggelupur nak bergaya di pagi raya. Otak mana otak? iPhone RM18? Nokia 3310 rosak pun tak dapat lah woi.

"Contoh muka yang scammer target. Ready je la makcik nanti orang promote rumah mainan Lego harga RM10,000.

"Anggap je la dia ni exam selalu fail. Tak baca arahan betul-betul terus jawab. Markah teruk bising," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain