suria

Peniaga nak tunjuk cara menggoreng, iPhone terjatuh masuk periuk! Walau tenggelam, tetap sambung ‘kerja’ rakam suasana dalam minyak panas

Telefon pintar untuk membuat rakaman terjatuh ke dalam periuk berisi minyak panas.

LAIN yang hendak ditunjuk, tapi lain pula yang berlaku.

Begitulah yang terjadi kepada seorang peniaga ketika membuat rakaman demonstrasi menggoreng ayam di dapur.

Menerusi rakaman yang tular, lelaki itu mahu menunjukkan cara menggorengnya secara deep fry (ayam tenggelam dalam minyak panas).

Dia menjelaskan, penggunaan minyak yang banyak sehingga ayam terendam adalah teknik menggoreng untuk gorengan yang maksimum.

"Ni minyak, ni ada air timbul dah. Nampak separuh daripada air yang masuk tadi dah timbul dah. Timbul atas minyak tu. Kita perlahankan sikit api, jangan deras," katanya.

Namun ketika hendak memperlahankan api, telefon pintar yang digunakan untuk membuat rakaman tiba-tiba terjatuh ke dalam periuk yang berisi minyak panas.

Klip rakaman bertukar gelap dan hanya kedengaran bunyi minyak menggelegak, disusuli bunyi seperti air mendidih.

goreng iphone 5

Selain ayam goreng, peniaga juga memasak kentang goreng.

Tidak lama kemudian, telefon berkenaan berjaya diangkat semula dari minyak panas.

Apa yang menarik perhatian adalah peranti tersebut terus 'bekerja' membuat rakaman meskipun pandangan kelihatan kabur sebaik ia dikeluarkan dari periuk.

Malah, telefon yang terjatuh dan tenggelam dalam periuk berisi minyak panas itu masih berfungsi dengan baik dan mampu kembali meneruskan rakaman secara jelas.

"Terima kasih iPhone kerana barang anda memang puas hati," tulis peniaga ayam goreng tu menerusi keterangan video yang kini meraih lebih 700,000 tontonan di TikTok.

goreng iphone 3

Rakaman bertukar gelap gelita sebaik telefon terjatuh ke dalam periuk berisi minyak panas.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bukan sahaja terkejut dengan kejadian itu, malah kagum kerana dapat melihat sendiri suasana sebenar apabila berada dalam rendaman minyak panas.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah suami tak teruja dapat hadiah mahal iPhone 13 bikin isteri naik geram! "Lelaki ni memang tak ada perasaan"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dunia nak kiamat, takut tak sempat ada iPhone' - Pelajar PT3 mesej peniaga online minta telefon percuma

Malah, segelintirnya turut memuji ketahanan telefon pintar berkenaan yang masih boleh digunakan.

goreng iphone 2

Kiri rakaman selepas telefon diangkat dari periuk berisi minyak panas, dan kanan telefon berkenaan masih dapat berfungsi.

"Macam ni rupanya suasana digoreng.

"Bukan setakat waterproof, friedproof pun boleh.

"Kami dah faham perasaan ayam apabila kena goreng.

Macam ni rupanya suasana digoreng.

NETIZEN

"Terima kasih abang bawa saya jalan-jalan dalam minyak panas ni.

"Sekurang-kurangnya celup la tepung dulu bang," demikian antara komen netizen.

goreng iphone 4

Antara komen netizen.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keadaan telefon selepas ia terjatuh dalam periuk berisi minyak panas, dia mengesahkan peranti itu masih berfungsi dengan baik.

"Saya pakai 13 Pro. Alhamdulillah telefon boleh guna macam biasa. Cuma speaker je bunyi lain sikit," katanya secara ringkas menerusi akaun TikTok @zaiem_ainn.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain