suria

Wajah suami tak teruja dapat hadiah mahal iPhone 13 bikin isteri naik geram! “Lelaki ni memang tak ada perasaan”

Dinie berjaya membuat kejutan buat si suami dengan menghadiahkan sebuah telefon pintar baharu.

SETIAP individu pasti ada cara tersendiri untuk menghargai pasangan masing-masing.

Bagi wanita yang dikenali sebagai Dinie, 25, dia memilih untuk menjadikan hadiah sebuah iPhone sebagai kejutan kepada pasangannya, Afiq, 27.

Lebih menarik kejutan tersebut diselitkan dengan ‘prank’ oleh Dinie dengan meminta bantuan suaminya itu menguruskan bungkusan tempahan kerepek secara mengejut pada 28 Julai lalu.

“Waktu tu Afiq baru balik main badminton. Saya terus minta dia tolong packing kerepek yang kami jual.

“Walaupun run bisnes sama-sama tapi suami memang ada kerja hakiki. Saya seorang saja yang uruskan jualan kerepek sepenuhnya. Jadi malam tu saya cakap ada tempahan segera daripada ejen nak datang ambil.

“Padahal saya sudah rancang nak surprise suami dengan iPhone 13. Suami memang sangat rajin tolong bisnes selama ni jadi dia tak cakap banyak terus pergi tolong bungkuskan,” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Aku tak perlu semua ni! Pengutip sampah tak pernah dapat surprise ‘amuk’ isteri buat kejutan kek birthday, nampak je kasar tapi ‘hati tisu’

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Bakal ibu buat kejutan hadiah Lamborghini RM2 juta strategi ‘ikat’ suami, harap diberi lebih perhatian ketika berpantang

Sebagaimana yang dilihat dalam rakaman dimuat naik Dinie di TikTok, dia pada mulanya menggunakan helah dengan memberitahu Afiq bahawa salah seorang pembeli menghantar semula tempahan.

Kononnya dia meminta Afiq untuk buka dan memeriksa sendiri kotak mengandungi telefon bimbit baharu yang dibeli seminggu sebelum kejutan dilakukan kepadanya.

“Masa nak bagi telefon tu saya suruh dia buka kotak kononnya berisi kerepek dipulangkan semula oleh pelanggan.

Pasangan ini menguruskan perniagaan menjual kerepek sejak dua tahun lalu.

“Macam dalam video tu, boleh nampak suami saya buka tapi tak ada kerepek jadi dia peliklah. Apabila buka dia nampakada iPhone. Saya siap pasangkan screen protector dan casing sebab nak suruh guna terus,” ujarnya lagi.

Jelas Dinie, hadiah tersebut dibeli bagi menggantikan telefon milik suaminya sudah rosak sejak sekian lama.

Malah, suaminya pernah berhadapan dengan kesukaran sehingga tidak dapat dihubungi lebih tiga jam dek kerana masalah telefon lama miliknya ketika bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Apabila saya rakam senyap-senyap nampak dia joget... hampeh, control macho rupanya!

DINIE

“Suami ada buat kerja sampingan bawa e-hailing. Ada satu malam tu telefon dia hilang servis dan mati. Saya tak boleh hubungi dia lebih kurang tiga jam.

“Saya call semua balai polis dan hospital berdekatan sebab tak tahu nak cari dia dekat mana dalam masa tiga jam tu. Risau dengan keadaan dia, akhirnya saya buat keputusan belikan telefon baharu.

“Lagipun saya invest sikit untuk telefon mahal sebab nak ambil gambar makanan saya jual. Alang-alang beli tu sajalah nak prank dia,” imbas Dinie.

Afiq banyak membantu Dinie dalam menguruskan perniagaan.

Katanya, telefon tersebut dibeli menggunakan duit hasil jualan kerepek yang diusahakan sejak lebih dua tahun.

Selain kerepek ubi pedas dan kerepek berasaskan pisang, Dinie turut menjual makanan ringan seperti tortilla, popcorn dan cendawan goreng yang boleh ditempah serta dihantar dan diambil sekitar rumahnya di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian ramai apabila suaminya kelihatan gembira sehingga berjoget setelah menerima telefon pintar baharu.

“Bukan main control mula-mula rupanya dekat belakang isteri siap joget.

Antara makanan yang dijual oleh Dinie.

“Dia keluarkan perasaan dia belakang tabir rupanya.

Last tu memang win. Semoga Allah limpahkan rezeki, kebahagian dan kejayaan dunia akhirat untuk keluarga ni,” komen beberapa netizen.

“Reaksi dia depan-depan saya macam nak tak nak saja dapat telefon. Lelaki ni memang tak ada perasaan.

"Tapi apabila saya rakam senyap-senyap masa tak ada depan dia, nampak dia joget. Hampeh, control macho rupanya,” kata Dinie.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain