suria

Penat duduk dalam almari sempit, ‘Jerangkung’ rasa susah bongkokkan badan... Pelakon watak hantu rupanya manusia tertinggi di Malaysia

Azli gembira diberi peluang melakonkan watak hantu dalam filem Jerangkung Dalam Almari.

FILEM Jerangkung Dalam Almari yang meraih kutipan RM1.3 juta selepas enam hari ditayangkan semakin menjadi bualan netizen di media sosial.

Selain lakonan hebat Datuk Adi Putra, nampaknya netizen turut tertanya-tanya tentang individu di sebalik watak jerangkung dalam filem berkenaan.

Manakan tidak, fizikal badannya yang tinggi daripada saiz lelaki dewasa di Malaysia dilihat berjaya menghidupkan watak filem terbitan Akid Productions Sdn Bhd itu.

Namun tahukah anda bahawa pelakon watak jerangkung itu sebenarnya adalah lelaki yang diiktiraf sebagai manusia tertinggi di Malaysia oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) kerana berketinggian 220 sentimeter.

Berkongsi pengalamannya kepada mStar, Mohd Azli Hisham Abdul Ghafar, 28, mengakui sangat teruja apabila menerima tawaran berlakon sebagai hantu jerangkung dalam filem seram berkenaan.

Menurutnya, ia bermula selepas abangnya mencadangkan supaya dia menghadiri sesi uji bakat.

Sosok tubuhnya yang tinggi dan besar dikatakan sesuai untuk membawa watak sebagai hantu jerangkung yang sering dimomokkan memiliki bentuk fizikal berbeza daripada lelaki dewasa.

Azli bersama sebahagian kru produksi.

Azli bersama sebahagian kru produksi.

Bagi orang ramai yang sudah menonton filem seram tersebut, pastinya mereka tidak menyangka bahawa watak hantu yang bersembunyi di dalam almari adalah manusia sebenar.

“Abang yang cadangkan supaya saya berjumpa dengan kru produksi filem... sekitar bulan Februari tahun lepas.

“Bermula daripada situ saya bertemu dengan individu terlibat di suatu lokasi dan berbincang tentang watak serta lakonan yang perlu dilakukan. Masa tu saya pergi sendiri sahaja,” ujarnya memulakan bicara dengan mStar.

Cerita Azli lagi, setelah berada di set penggambaran dan melakonkan beberapa babak, Azli mengakui bahawa berlakon bukanlah perkara yang mudah kerana seseorang perlu menjiwai setiap watak yang diberikan.

Pun begitu, pemuda yang berasal dari Gua Musang, Kelantan ini menyatakan rasa sangat teruja kerana pertama kali diberi peluang berlakon.

Tambahan pula, selain Adu Putra filem itu dibarisi beberapa nama terkenal seperti Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Zaidi Omar dan beberapa lagi.

Azli disolek selama berjam-jam bagi menampakkannya sebagai jerangkung.

Azli disolek selama berjam-jam bagi menampakkannya sebagai jerangkung.

“Sepanjang usia 28 tahun, ini pengalaman pertama saya berlakon dan terus berlakon filem! Memang sangat teruja sebab tak pernah melakukannya mahupun bermimpi berada di set penggambaran.

“Memang susah nak berlakon tu sebab saya tak ada pengalaman langsung. Boleh dikatakan tiga, empat take juga dilakukan bagi mendapatkan shot yang menarik dan memuaskan hati pengarah.

“Paling banyak take adalah babak saya dalam almari.

Berlakon tu sudah penat, ditambah pula mekap kesan khas yang lama... memang mencabar.

AZLI

“Almari tempat saya bersembunyi tu tersangatlah kecil dan rendah sehingga saya terpaksa membongkokkan badan. Mujur sekejap ja kena duduk dalam tu... lagipun masa shooting babak tu terasa sedikit panas.

"Almari tu hanya muat-muat badan saya sahaja dan ketinggian lebih rendah daripada paras ketiak saya,” ujarnya menceritakan antara situasi di set penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Mat Kilau, Adi Putra beraksi dalam filem ‘Jerangkung Dalam Almari’ pula... Doa penonton terbuka hati beri sokongan

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Azmi sasar kutipan filem RM7 juta

Selain itu, Azli turut berkongsikan pengalamannya disolek oleh juruhias kerana perlu mengenakan solekan kesan khas supaya kelihatan menyeramkan.

“Memang ketinggian dan saiz dah besar, tapi perlu juga mekap supaya saya kelihatan seperti hantu. Jadi mereka mengambil masa berjam-jam untuk mekap saya.

Filem Jerangkung Dalam Almari berjaya membuat kutipan RM1juta sejak ditayangkan 4 Ogos lalu.

Filem Jerangkung Dalam Almari berjaya membuat kutipan RM1.3 juta sejak ditayangkan 4 Ogos lalu.

“Berlakon tu sudah penat, ditambah pula mekap khas yang lama... memang mencabar,” luahnya yang tidak pernah mengalami perkara mistik sepanjang penggambaran dilakukan.

Bagaimanapun menurut pemuda yang menghidap sindrom marfan sejak usia 14 tahun ini berkata filem Jerangkung Dalam Almari mungkin adalah yang pertama dan terakhir baginya.

“Saya suka dan sangat enjoy berlakon tapi biarlah ini yang pertama dan terakhir... saya tak mahu dah kerana tidak berapa sihat,” ujarnya lagi.

Azli yang menetap bersama keluarganya turut menjalankan perniagaan sendiri.

Dia bagaimanapun mempunyai beberapa kekangan lain akibat saiz badan dan ketinggian yang melampau seperti tidak mempunyai kenderaan untuk memudahkan pergerakan walaupun sudah memiliki lesen memandu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain