suria

Raja Azmi sasar kutipan filem RM7 juta

Filem Jerangkung Dalam Almari mula ditayangkan di pawagan sejak 4 Ogos lalu.

PENERBIT Raja Azmi meletak harapan agar filem baharu terbitannya, Jerangkung Dalam Almari mampu mencapai kutipan RM7 juta di pawagam.

Raja Azmi berkata, sambutan hangat terhadap filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan secara tidak langsung memberikan gambaran positif terhadap industri perfileman Melayu.

"Saya bukan mahu bersaing dengan mana-mana filem dan tidak kisah berapa kutipan yang mampu dicapai.

"Namun, sebagai penerbit saya tetap mempunyai sasaran tertentu dan menaruh harapan agar naskhah ini meraih kutipan RM7 juta.

Untitled design (14)

Raja Azmi meletakkan sasaran agar filem terbitannya berjaya mendapat kutipan RM7 juta.

"Sekiranya berjaya mencapai angka itu, Masya-Allah rasanya boleh untuk tumbangkan seekor kerbau," katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai itu, Raja Azmi memberitahu dia meletakkan angka tersebut kerana sudah mengambil kira jumlah modal dan keuntungan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah muak dengan kontroversi” - Raja Azmi muncul pula dengan ‘Jerangkung Dalam Almari’

ARTIKEL BERKAITAN: Beritahu umur tak panjang dalam perbualan terakhir, Raja Azmi terkenang kenangan bersama 'partner in crime' Mohd Noor Kadir

"Modal untuk filem ini sahaja RM1.3 juta, 50 peratus bayaran pawagam, 25 peratus bayaran cukai, maka selebihnya itu adalah keuntungan saya.

Sekiranya berjaya mencapai angka itu, Masya-Allah rasanya boleh untuk tumbangkan seekor kerbau

RAJA AZMI

PENERBIT FILEM JERANGKUNG DALAM ALMARI

"Mungkin ada yang fikir RM7 juta itu agak tinggi tapi sejujurnya selepas dibuat pengiraan keuntungannya cukup untuk saya 'bernafas'," jelasnya.

Filem terbitan Akid Productions Sdn. Bhd dan Northstar Prodigy Picture Sdn Bhd itu membariskan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Affendi

Untitled design (13)

Lakonan hebat barisan pelakon seperti Adi Putra, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su dan Sophia Albarakbah menjadi tunjang utama filem Jerangkung Dalam Almari.

Memulakan tayangan sejak 4 Ogos, filem berkenaan menceritakan tentang Fikri lakonan Adi yang sering gangguan oleh satu lembaga dari dalam sebuah almari sehingga menjejaskan hubungan dengan anak dan isteri.

Selain mengetengahkan genre seram, karya arahan Shadan Hashim itu turut mengangkat elemen kekeluargaan yang sinonim dengan masyarakat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain