suria

Tembusi pasaran antarabangsa, ‘Gadis Jolobu The Movie’ kini boleh ditonton di China

Saraleana Nattaya merancang untuk menghasilkan naskhah sekuel filem Gadis Jolobu The Movie.

KONTROVERSI kritikan seorang YouTuber terhadap filem Gadis Jolobu The Movie tidak mematahkan semangat Zebra Studio untuk memasarkan naskhah tersebut ke luar negara.

Pengasas bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi berkata, sasarannya menghasilkan filem berbentuk budaya itu agar dapat ditonton oleh masyarakat luar negara.

Saraleana Nattaya ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak meletakkan harapan tinggi terhadap kutipan pawagam kerana perkara itu bukan tujuan utama filem tersebut dihasilkan.

"Filem berkonsepkan budaya dan adat resam tidak banyak dihasilkan dalam industri tempatan. Saya lakukan kerana ingin orang luar melihat keindahan negara dan keunikan budaya yang kita miliki.

Untitled design (39)

Filem romantik komedi ini memperlihatkan sisi lucu penyanyi lagu Rendang Tak Berbuah, Hattan.

"Jadi saya menyahut cabaran ini sekali gus berusaha untuk memasarkan ke peringkat global Thailand, Brunei dan Indonesia," katanya.

Selain berusaha menembusi pasaran negara Asia Tenggara, Saraleana Nattaya turut memaklumkan filem tersebut juga bakal ditonton secara Over-The-Top (OTT) aplikasi penstriman di China.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar komedi romantik, 'Gadis Jolobu The Movie' angkat keunikan adat pepatih dan budaya Minangkabau

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Jolobu The Movie perlihat sisi komedi Hattan, tapi kekal lantang di media sosial

"Sejujurnya ini adalah matlamat saya menghasilkan filem ini agar masyarakat luar dapat melihat bagaimana keadaan negara kita.

"Ada masyarakat di luar tidak mengetahui bahawa negara kita sebenarnya sudah membangun dan seiring dengan negara moden lain termasuk mampu bertutur dalam bahasa Inggeris.

Untitled design (37)

Joey Daud, Hatttan dan Khir Rahman memegang watak utama dalam filem Gadis Jolobu The Movie.

"Filem ini sudah menembusi negara tembok besar dan tentu sahaja ia membuka peluang besar," jelasnya.

Zebra Studio turut merancang menghasilkan sekuel Gadis Jolobu The Movie.

Diarahkan oleh CL Hor, filem tersebut dibintangi oleh Datuk Hattan, Joey Daud, Khir Rahman dan Ahirine Ahirudin selain memulakan tayangan pada 4 Ogos lalu,

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain