suria

Gadis Jolobu The Movie perlihat sisi komedi Hattan, tapi kekal lantang di media sosial

Hattan tidak kisah digelar sebagai pelawak kerana itu hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

UMUM mengenali penyanyi otai, Datuk Hattan yang cukup lantang bersuara dan tegas apabila mengulas pelbagai topik di media sosial.

Namun di sebalik itu, siapa sangka ada sisi komedi dalam diri penyanyi berkenaan yang boleh disaksikan menerusi filem genre komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.

Pemilik nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, 57, itu berkata, dia tidak kisah jika digelar pelawak selepas ini kerana ia hanya sekadar lakonan dan tidak akan menjejaskan prinsip kelantangannya dalam bersuara di media sosial.

vd

Hattan bergandingan dengan pelakon Ahirinie Ahirudin.

"Saya tak kisah orang nak cakap apapun kerana lakonan tetap lakonan. Di luar penggambaran, saya memang seorang yang serius dan lantang bersuara memperjuangkan mengenai topik semasa.

"Sebelum ini, menerusi filem Selubung pun saya bawa watak komedi. Kali ini, Gadis Jolobu The Movie juga bergenre komedi ringan untuk menghiburkan penonton," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah ‘Musyrik - Api Neraka Menantimu!’ pertama kali berdepan kejadian mistik... Kejadian aneh Ruhainies pegang batu nesan paling menyeramkan

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa sangka penerbit ‘Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan’ bukan orang filem, 30 tahun tak jejak panggung wayang

Filem terbitan syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd itu turut menampilkan Khir Rahman dan Joey Daud selain anak sulungnya, Adam E, Nizam Laksamana dan bakat baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.

Di luar penggambaran, saya memang seorang yang serius dan lantang bersuara memperjuangkan mengenai topik semasa.

DATUK HATTAN

PENYANYI/PELAKON

Menariknya, filem itu berteraskan dialek Malaysia yang memberi tumpuan kepada budaya dan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai filem itu, Hattan berkata, dia tidak mempunyai masalah mendapatkan keserasian bersama Khir dan Joey meskipun kedua-duanya bukan orang Negeri Sembilan.

"Amat mudah bekerjasama dengan Khir dan Joey walaupun mereka bukan berasal dari Negeri Sembilan. Mereka adalah pelakon profesional.

Khir Joey

Filem itu turut menampilkan Joey Daud dan Khir Rahman.

"Hanya watak saya sahaja yang pekat bertutur dengan dialek Negeri Sembilan, namun, Khir dan Joey pula mengikut tuntutan skrip kerana mereka digambarkan membesar di luar dan baru pulang ke kampung halaman," katanya.

Hattan berkata, banyak insiden melucukan berlaku di lokasi penggambaran filem berkenaan apatah lagi bergandingan dengan dua pelakon itu membuatkan dia tidak kering gusi.

"Joey suka buat lawak spontan, tetapi masih tidak lari daripada dikehendaki skrip filem. Bagaimanapun, cabaran tetap ada. Kami berdepan dengan cabaran dari segi cuaca tidak menentu.

Ketika penggambaran cuaca panas terik, tetapi tiba-tiba hujan dengan lebat hingga penggambaran terpaksa dihentikan," katanya.

WhatsApp Image 2022-07-15 at 10.52.24 AM

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam 4 Ogos ini.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan pengarah CL Hor, kata Hattan, dia juga selesa bekerjasama dengan pengarah yang berpengalaman menghasilkan filem di China, Hong Kong dan Korea Selatan itu.

Meskipun CL Hor bukan pengarah berbangsa Melayu namun kata Hattan tidak sukar memahami kehendaknya selain turut menitikberatkan soal aspek lakonan, lakon layar dan memberi kebebasan kepada pelakon untuk menjiwai watak.

"Saya yakin filem ini akan mendapat sambutan di pawagam, Insya Allah. Saya bersyukur penonton kembali ke pawagam dengan sambutan terhadap karya tempatan selepas dua tahun berdepan pandemik," ujarnya.

Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet, Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih tontonan hampir 10 juta di YouTube akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY bermula 4 Ogos depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain