suria

‘Setan’ seberang hantui ‘jerangkung’, Raja Azmi harap penonton terus sokong karya tempatan

Filem Jerangkung Dalam Almari berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam masa empat hari tayangan.

BERJAYA meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan, filem Jerangkung Dalam Almari terus menghantui penonton di pawagam meskipun perlu bersaingan dengan Pengabdi Setan 2.

Penerbitnya, Raja Azmi, tidak menafikan kehadiran filem Indonesia itu secara tidak langsung menjejaskan kutipan filem berkenaan.

Susulan itu, Raja Azmi menggesa agar penonton dapat terus memberikan sokongan terhadap karya tempatan dengan terus memenuhi panggung.

"Memandangkan kedua-dua genre seram jadi wujud persaingan tinggi antara kedua-dua buah filem. Namun saya berharap dan merayu agar penonton dapat hadir ke pawagam memberi sokongan kepada Jerangkung Dalam Almari.

1687277

Filem Jerangkung Dalam Almari tentu sahaja membuatkan penonton tidak senang duduk di pawagam.

"Diharapkan semangat kenegaraaan dalam kalangan penonton menebal untuk membantu menyemarakkan lagi industri filem tanah air dengan menonton karya tempatan," katanya ketika dihubungi mStar.

Bagaimanapun Raja Azmi tidak menyalahkan pihak pawagam yang menyediakan lebih banyak masa tayangan kepada Pengabdi Setan 2 berbanding Jerangkung Dalam Almari.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Azmi sasar kutipan filem RM7 juta

Baginya perkara tersebut sesuatu yang normal dalam perniagaaan namun situasi itu mampu diubah dengan bantuan penonton.

"Sekiranya setiap masa tayangan itu penuh (full house), pawagam akan memberikan lebih banyak pilihan masa tayangan terutamanya pada waktu malam.

Diharapkan semangat kenegaraaan dalam kalangan penonton menebal untuk membantu menyemarakkan lagi industri filem tanah air dengan menonton karya tempatan.

RAJA AZMI

PENERBIT JERANGKUNG DALAM ALMARI

Filem terbitan Akid Productions Sdn Bhd itu dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Sophia Albarakbah, Anne Abdulllah dan Isaac Iman.

Mengisahkan rahsia hitam yang disimpan oleh adik beradik Fikri (Adi Putra) dengan abangnya, Ali (Hasnul Rahmat) sehingga mengakibatkan berlakunya ancaman jerangkung dalam almari.

"Kebanyakan orang bekerja pada sebelah siang, jadi mereka akan menonton filem selepas balik kerja sekitar pukul 8 malam sehingga tengah malam," terangnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain