suria

Aku tak perlu semua ni! Pengutip sampah tak pernah dapat surprise ‘amuk’ isteri buat kejutan kek birthday, nampak je kasar tapi ‘hati tisu’

Tangkap layar video Nurul membuat kejutan hari jadi suami. Kiri suaminya bekerja sebagai pengutip sampah.

MUKA garang tapi 'hati tisu'.

Sebuah video kejutan hari jadi membuatkan ramai terkena serangan panik.

Manakan tidak, seorang lelaki meninggikan suara seperti mengamuk sebaik isterinya mendekatinya dengan memberi sebiji kek dan sejambak 'bunga' coklat strawberi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali berpisah dengan isteri, lelaki ini menangis hantar anak ke tadika... mahu bina semula keluarga buat kali ketiga! - "Ini jalan terbaik"

ARTIKEL BERKAITAN: "Sekarang kami dah mampu beli hadiah" - Rakan-rakan buat 'air mata jantan' pemuda ini gugur, tak sia-sia tunjuk contoh kasut idaman

"Aku tak perlu ni semua! Kau tahu tak? Kau sayang aku satu cukup," kata si suami sebelum memeluk isterinya dan secara tiba-tiba menangis teresak-esak.

Bercakap kepada mStar, isteri berkenaan, Nurul Fadiah Abu Bakar berkata, kejutan tersebut dibuat sempena hari ulang tahun suaminya ke-31 pada Isnin petang.

Wanita berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengakui suaminya, Mohd Shakir Shawal Hamzah yang dikahwininya lima tahun lalu mempunyai perwatakan kasar dan garang.

"Suami memang seorang yang garang, tapi dia sebenarnya sensitif. Dalam video yang dia bising-bising tu sebab nak cover dia yang nak teriak sebab dapat surprise.

"Masa tu dia baru sudah mandi selepas balik dari kerja. Jadi, dia memang tak sangka akan ada kek birthday dan bunga coklat strawberi," katanya ketika dihubungi.

suami mengamuk birthday 2 W

Suami Nurul menerima hadiah sejambak 'bunga' coklat strawberi.

Lebih mesra disapa Nurul, dia pertama kali membuat kejutan hari jadi buat suaminya sejak mereka mendirikan rumah tangga selepas mempunyai bajet untuk berbuat demikian.

"Masa mula-mula kahwin dengan dia, saya jadi suri rumah. Jadi tak ada duit nak buat surprise untuk birthday suami.

"Bermula 2020, saya mula berniaga ikan dari rumah. Duit yang dapat nak tanggung keluarga dan pusing buat modal, bila ada simpanan sikit baru nak buat surprise untuk suami pada tahun ni," ujarnya sambil menambah dia dan suami sebelum ini pernah berkahwin dan masing-masing dikurniakan lima dan dua anak.

suami mengamuk birthday 1 W

Nurul menyifatkan suaminya penyayang dan romantik.

Menurut wanita yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu ini, selain sensitif, suaminya, juga seorang yang romantik dan penyayang.

"Suami yang banyak buat surprise dan sambut birthday saya. Kadang-kadang tu saya membebel dengan dia sebab sanggup beli kek mahal-mahal untuk gembirakan saya.

Bila dapat kejutan tu, hati saya jadi sayu. Rasa macam lain, tak tahu nak cakap macam mana. Saya memang tak sangka dan terharu sangat.

MOHD SHAKIR SHAWAL HAMZAH

"Sebab saya tahu suami bukan kerja senang. Dia kerja kutip sampah di tapak pelupusan sampah untuk dikitar semula. Saya fikir lebih baik duit guna untuk makan kenyang satu keluarga.

"Tapi dia tak pernah kenal erti penat, sanggup kerja bersusah-payah untuk sara kami anak-beranak," kata Nurul yang turut menjual makanan segar lain seperti sayur, ayam dan sotong.

suami mengamuk birthday 3

Suami Nurul mencari rezeki dengan mengutip sampah untuk dikitar semula.

Sementara itu, suami Nurul iaitu Mohd Shakir pula berkata, sukar digambarkan dengan kata-kata mengenai perasaannya yang cukup terharu menerima kejutan hari jadi daripada isteri.

"Bila dapat kejutan tu, hati saya jadi sayu. Rasa macam lain, tak tahu nak cakap macam mana. Saya memang tak sangka dan terharu sangat.

"Saya kerja kutip sampah sejak sebelum kahwin. Dengan rezeki di tapak pelupusan sampah inilah saya tanggung bini dan anak-anak," katanya yang berasal dari Batu Gajah, Perak.

suami mengamuk birthday 4

Nurul (kiri) bersama keluarganya.

Dalam tempoh kurang 24 jam, video kejutan hari jadi yang dikongsi Nurul di aplikasi TikTok meraih lebih 1.8 juta tontonan dengan rata-rata netizen menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang garang tetapi sebenarnya 'dalam hati ada taman'.

Nurul berkata, meskipun sensitif atau berasa sedih tetapi suaminya sukar untuk menunjukkan air matanya di hadapan isteri termasuk anak-anak.

"Suami memang susah nak tunjuk dia menangis. Saya pernah tengok suami menangis masa dia peluk ayahnya pada hari kami nikah. Tak sangka kali ni suami menangis lagi," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain