suria

Guru belajar sesuatu selepas kena ‘tazkirah’ dengan murid sebab berlengah bantu kucing! Pagi ‘terbang’ RM120, malam dapat RM1,200

Seorang guru didatangi oleh seorang pelajar lelaki yang membawa seekor kucing.

HIDUP ini penuh dengan keajaiban.

Bermula dengan satu pertolongan kecil, sesuatu yang tidak dijangka boleh berlaku.

Begitulah yang dialami oleh seorang guru di sebuah asrama, Mohamad Yusof Sulehin yang rumahnya didatangi seseorang pada suatu pagi.

"Malam tu saya overstay siapkan kerja, jadi pagi tu saya ingat berehat kejap lepas subuh. Tengah-tengah tidur-tidur ayam tu, tiba-tiba pintu rumah saya diketuk. Kuat pula tu," tulisnya di Facebook Muhammad Yusof.

cikgu kena tazkirah 4

Seekor kucing dibawa menjalani rawatan.

Sebaik pintu rumah dibuka, yang muncul di hadapan guru berkenaan adalah pelajarnya sendiri sambil membawa seekor kucing.

"Saya buka pintu dan terus pelajar tu bagitau Cikgu, kucing ni sakit ni cikgu. Badan habis luka dan kaki tak boleh jalan.

"Aduhai dah kena selesaikan masalah haiwan pula saya ni, saya kata dalam hati. Baru nak berehat kejap. Saya buat-buat lambat. Pakai baju lambat, basuh muka lambat," tambahnya.

Tidak lama kemudian, guru yang berkhidmat di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor itu berkata, pintu rumahnya diketuk lagi oleh pelajar lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar sanggup tak makan KFC ketika jamuan, alasannya buat warden asrama nak menitik air mata

ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 5 pagi cikgu nampak bilik 'prep' asrama menyala, ada seorang pelajar... MasyaAllah rupanya tengah 'me time' baca al-Quran

"Tiba-tiba pelajar tu ketuk lagi, 'Cikgu, bukan hari tu cikgu ada beritahu... bukan ke kita boleh masuk syurga kalau kita bantu haiwan, kan cikgu?'.

"Cikgu, tak nak masuk syurga ke? Saya nak masuk ni cikgu," katanya yang mengimbas kembali perbualan bersama pelajarnya.

cikgu kena tazkirah 5

Slip bank daripada seorang rakan yang membayar hutang.

Ternyata kenyataan pelajarnya itu begitu menusuk kalbu, namun ada kebenarannya.

"Allahuakbar, saya pula yang kena tazkirah. Terus saya bawa pergi klinik. Ratus-ratus juga kena, dalam RM120. Tak apalah, mungkin rezeki kucing ni.

Buat baik je terus Allah bayar cash kat dunia.

MOHAMAD YUSOF

"Saya niat sedekah je la. Janji kucing tu sihat dan terus hidup," kata guru yang pernah menerima Anugerah Kebangsaan Ikon Warden Asrama Harian Terbaik Peringkat Kebangsaan sempena Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2021.

Kurang 24 jam selepas membantu pelajarnya, Mohamad Yusof memberitahu dia menerima mesej daripada seorang rakan lama.

cikgu kena tazkirah 7

Perkongsian Mohamad Yusof di Facebook.

"Malam tu, masa Maghrib tiba-tiba saya dapat mesej kawan lama. Dia nak bayar hutang. Jumlahnya beberapa kali ganda jumlah yang saya kat klinik tadi," katanya sambil berkongsi slip bank berjumlah RM1,200, iaitu 10 kali ganda daripada kos rawatan kucing yang dibayarnya.

Menurut Mohamad Yusof, perkongsian kisahnya itu sekadar mengingatkannya mengenai kebaikan manusia dan adalah wajar untuk setiap orang melakukan perkara sama.

"Cerita saya ni bukanlah saya nak tunjuk riak ke apa, cuma banyak kali dah Tuhan tunjuk kat saya. Buat baik je terus Allah bayar cash kat dunia.

"Alhamdulillah, Alhamdulillah ya Allah. Jom semua kita buat baik tak kiralah sesama manusia atau makhluk lain," katanya di Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain