suria

Pukul 5 pagi cikgu nampak bilik ‘prep’ asrama menyala, ada seorang pelajar... MasyaAllah rupanya tengah ‘me time’ baca al-Quran

Seorang guru menyaksikan pelajarnya 'me time' dengan membaca al-Quran. -gambar hiasan

SETIAP individu ada 'me time' masing-masing, iaitu ruang waktu untuk diri sendiri dengan melakukan apa saja aktiviti bersendirian.

Cara mereka menikmati 'me time' juga berbeza-beza, ada yang pergi membeli-belah, ada juga bermain permainan video dengan tenang.

Menerusi perkongsian seorang guru yang juga warden sebuah asrama, dia tidak menyangka menyaksikan 'me time' pelajarnya di sebuah bilik prep yang merupakan tempat untuk mengulangkaji pelajaran.

me time pelajar 2

Cara 'me time' adalah berbeza-beza dan seorang pelajar menggunakan ruang waktu itu dengan membaca al-Quran. - gambar hiasan

Menurut Mohamad Yusof Sulehin, pada mulanya dia berasa hairan ketika melalui bilik berkenaan, apatah lagi situasi itu berlaku pada awal pagi sebelum subuh.

"Masa saya lalu kat bilik prep, saya perasan lampu terbuka. Pelik juga saya sebab jam baru pukul 5.30 pagi, awal lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit 'wakaf' dalam bekas tak pernah kurang, cikgu kagum pelajar susah tapi tak tamak... "Ingat kat kawan-kawan saya juga"

ARTIKEL BERKAITAN: Lama 'seen' mesej tapi tak jawab petanda tengah sesak! Guru terkejut, rupanya ibu sedang korek duit nak bawa anak ke klinik ambil MC

"Ada seorang budak kat dalam bilik tu. 'Awak buat apa dalam bilik prep pagi-pagi ni?' saya tanya dia.

"Dia jawab 'Saya baru nak baca al-Quran, cikgu. Pagi-pagi ini lah waktu paling tenang saya nak baca al-Quran cikgu'. Allahuakbar, insaf saya dengar jawapan budak ni," tulisnya di Facebook Muhammad Yusof.

mohamad yusof

Mohamad Yusof sering berkongsi kisah kemasyarakatan. foto FB Muhammad Yusof

Kesungguhan pelajar berkenaan ternyata membuatkan guru yang berkhidmat di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor ini berasa kagum, malah memujinya sebagai remaja istimewa.

Malah kata Mohamad Yusof, cara 'me time' pelajar ini begitu unik yang mungkin jarang-jarang dilakukan oleh remaja sebaya dengannya.

Di saat ramai remaja pilih 'me time' dengan melepak, budak ni pilih untuk membaca al-Quran.

MOHAMAD YUSOF

"Di saat ramai remaja pilih 'me time' mereka dengan melepak kat pusat beli-belah, tidur, dok healing, main TikTok, main game tapi budak ni pilih 'me time' dia dengan membaca al-Quran.

"Memang the special one la budak ni," kata guru yang pernah menerima Anugerah Kebangsaan Ikon Warden Asrama Harian Terbaik Peringkat Kebangsaan sempena Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2021.

mohamad yusof 2

Perkongsian Mohamad Yusof di laman sosial.

Apa yang lebih membanggakan Mohamad Yusof adalah pelajar berkenaan meletakkan sasaran untuk khatam al-Quran.

"Cikgu, saya azam nak habiskan baca al-Quran sebelum masuk bulan Ramadan. Doakan sempat ya cikgu. Tersentap saya kejap.

"Sesibuk mana pun kita, sejahil mana pun kita, sedegil mana pun kita, al-Quran jangan tinggal walau sekadar baca tiga Qul kerana percayalah, al-Quran inilah yang akan menjadi teman pendamping kita di alam sana nanti.

"Jom kita pakat doa agar anak murid saya ni dan anak-anak kita semua jadi anak soleh dan solehah yang sentiasa dekat dengan al-Quran, Amin," katanya di Facebook.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar pelajar berkenaan berjaya mencapai sasarannya dan dipermudahkan urusannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain