Anak-anak pasti berasa gembira apabila menerima kunjungan ibu bapa ke rumah mereka. -Gambar hiasan AI
HATI anak mana yang tidak gembira apabila ibu bapa datang berkunjung ke rumah, malah ada yang sanggup berhabis demi menyediakan layanan terbaik buat insan tersayang.Namun, berbeza pula situasinya bagi seorang wanita apabila dia buntu memikirkan cara untuk menyediakan makanan buat ibunya yang datang dari kampung dan mahu tinggal bersama selama seminggu. Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu meluahkan kebimbangannya memandangkan wang simpanannya terlalu sedikit, menyukarkan dia untuk menampung perbelanjaan harian sepanjang tempoh berkenaan.Setiap anak pastinya sedih apabila tidak dapat memenuhi kehendak orang tua sendiri. -Gambar hiasan AI"Titik terendah seorang anak. Aku tak mampu nak bagi mak makan makanan mewah macam adik-beradik lain. Mak dah selesa duduk rumah aku. "Adik-beradik pula sibuk. Tak apa la, aku faham. Aku pula suri rumah yang tak bekerja. Ada la duit sikit-sikit buat affiliate," ujarnya.Tambah pengadu, apa yang merisaukan ialah ibunya mempunyai selera makan yang kerap, sekali gus membuatkan dia buntu memikirkan cara untuk mencukupkan wang bagi menyediakan makanan sepanjang tempoh berkenaan.Bersama perkongsian itu, wanita berkenaan turut memuat naik gambar paparan akaun simpanan bank menunjukkan baki wangnya hanya tinggal RM21.28.ARTIKEL BERKAITAN: Penat jaga anak demam belum hilang, kena layan tetamu pula! Wanita stres ahli keluarga suka terjah rumah waktu malamARTIKEL BERKAITAN: “Hidup mama hancur sebab dia!” - Dendam dan benci kembali meledak, anak serba salah terima hajat akhir bapa sedang nazak"Aku bukan berkira dengan mak. Tapi aku sendiri pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."Mak aku pula makan lima kali dalam masa sehari. Tak tahu macam mana nak cakap, duit tinggal ni je."Mak saya ni dah berumur 59 tahun. Dia bekas anggota (unit beruniform), jadi ada duit pencen. Saya okey je makan nasi dengan telur masak kicap," jelasnya lagi.Bagaimanapun, wanita itu menegaskan dia bukan berniat mahu meminta wang atau meraih simpati orang ramai, sebaliknya sekadar meluahkan perasaan ketika berdepan kebuntuan.Wang simpanan hanya berbaki RM21.28.Ibu datang dari kampung dan tinggal selama seminggu.Wanita buntu memikirkan belanja makan ibu.Mengakui bukan mahu raih simpati, sebaliknya meluahkan kesempitan wang.Netizen bersimpati dan meminta wanita itu berterus terang dengan ibunya.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu menerusi ruangan komen, wanita tersebut turut membalas tohmahan segelintir pihak yang menuduhnya mereka cerita.Tanpa melenting, dia cuma berdoa agar mereka yang menuduhnya tidak perlu merasai kesusahan hidup seperti yang ditanggungnya ketika ini.Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati warga maya, dengan rata-rata netizen bersimpati selain menasihatinya supaya berterus terang sahaja dengan si ibu."Biasanya mak selalu tahu dan faham. Cuma dia tak bercakap."Cakap je terus terang dengan mak. Kalau mak suka duduk dengan awak, mesti dia akan faham," komen sebahagian netizen.