suria

Mental terganggu lama duduk rumah tak bekerja, Yuna Rahim sanggup tagih ‘job’ pada pihak produksi

Yuna sudah biasa kerja keras sebelum berkahwin lagi.

PELAKON Yuna Rahim tidak kisah jika perlu merendahkan diri dengan bertanya kepada pihak produksi mengenai tawaran lakonan.

Sudah biasa cari duit sendiri, Yuna atau Shafiqah Husna Abdul Rahim, 30, berkata, mentalnya akan terganggu jika terlalu lama duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Yuna kembali aktif berlakon.

"Saya pernah 'melobi' diri tanya produksi tiada ke watak sesuai yang boleh beri pada saya.

"Saya tak kisah buat begitu untuk dapatkan tawaran berlakon sebab mental saya tak okay kalau hanya duduk rumah sahaja.

"Sebelum kahwin saya memang seorang yang kuat bekerja, jadi dah terbiasa cari duit sendiri," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna Rahim turun 9 kg kerana ‘potong’ gula, rezeki makin banyak selepas ada anak

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna Rahim timang anak lelaki, beri nama Muhammad Hud Adyan

Menurut Yuna, dia tidak kisah untuk membawakan sebarang watak dan akan melakukan sehabis baik apabila menerima sebarang tawaran berlakon. 

"Apabila sudah berkahwin dan tak aktif bekerja itu bukan diri saya, bukan nak sombong tapi saya kenal diri saya.

"Saya tak kisah diberikan apa-apa watak kerana saya mahu karier saya diwarnai dengan pelbagai karakter.

Yuna perlahankan karier seni selepas berkahwin.

"Jadi bila dapat tawaran berlakon memang saya akan buat sehabis baik," jelasnya.

Untuk rekod, Yuna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Nurakmal pada Februari tahun 2023.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Bernama Muhammad Hud Adyan yang kini berusia 1 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain