suria

KLP48 rai ulang tahun pertama dengan konsert istimewa, Ismail Izzani antara artis jemputan

KLP48 dianggotai oleh 13 orang ahli termasuk dari Jepun, Indonesia dan Hong Kong.

SEMPENA meraikan ulang tahun pertama, kumpulan pop dari Kuala Lumpur iaitu KLP48 bakal menganjurkan konsert istimewa, 'Bloom' yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Ogos ini. 

Konsert yang dianjurkan oleh 48 Entertainment Sdn Bhd ini menampilkan persembahan bertenaga serta tarian koreografi barisan anggota KLP48 yang terdiri daripada 13 ahli merangkumi tujuh warga Malaysia, 4 dari Jepun, manakala dua orang lagi dari Indonesia dan Hong Kong. 

KLP48 kini sedang giat menjalani latihan intensif termasuk latihan vokal, koreografi serta perbincangan kreatif demi memastikan peminat berpuas hati dengan persembahan yang bakal dibuat. 

Konsert Bloom bakal berlangsung pada 16 Ogos ini.

Dalam pada itu, konsert ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tiga penyanyi jemputan iaitu Ismail Izzani, Coex dan kumpulan JKT48 dari Indonesia. 

Tiket konsert dijual dengan harga bermula RM100 hingga RM350 menerusi laman web excitix. 

Untuk info, KLP48 ditubuhkan pada 2024 sebagai sebahagian daripada rangkaian global AKB48 dari Jepun, manakala KLP48 merupakan kumpulan terbaharu dalam perkembangan konsep unik yang diasaskan oleh penerbit Yasushi Akimoto. 

ARTIKEL BERKAITAN: 30 tahun menanti, Elite nekad turun berat badan untuk konsert solo

ARTIKEL BERKAITAN: M. Nasir buat konsert lagi, bawa tema rock hiburkan peminat

AKB48 yang diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai Kumpulan Pop Terbesar di Dunia kini memberi laluan kepada KLP48 untuk mewarisi dan meneruskan legasi tersebut dengan sentuhan unik berbilang budaya.

Sejak penubuhannya, KLP48 telah berjaya menarik perhatian bukan sahaja di Malaysia, malah turut mendapat sambutan di Jepun.

Buktinya anggota kumpulan ini dijemput membuat persembahan pentas di peringkat antarabangsa dan menyifatkan sokongan peminat dari seluruh dunia sebagai pencetus semangat untuk terus melangkah lebih jauh dalam dunia hiburan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain