suria

Dakwa kawan anak sendiri hancurkan kebahagiaan, ibu Shila Amzah tak sangka kisah rumah tangga jadi lagu... Dedah hidup pernah dikongkong

Fauziah lebih tenang dan bahagia dengan kehidupannya kini.

IBU kepada penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman terkejut apabila mengetahui lagu terbaharu anaknya berjudul Pernah Punya Aku diinspirasikan daripada kisah rumah tangga bersama penyanyi Datuk ND Lala yang dilaporkan berkecai akibat kehadiran orang ketiga.  

Fauziah, 57, berkata dia langsung tidak menyangka lagu berkenaan mempunyai kaitan dengan kisah peribadi yang pernah dilaluinya, lebih-lebih lagi apabila kali pertama mendengar lagu itu dimainkan oleh Shila semasa mereka berada di dalam kereta. 

"Saya agak terkejut apabila Shila mengatakan lagu itu berdasarkan kecurangan yang berlaku dalam rumah tangga saya.

Shila jadi saksi ibu dicurangi.

"Memang tak sangka anak sendiri hasilkan lagu daripada kisah saya. Dia tak pernah cakap apa-apa cuma ada beri dengar dua minggu sebelum lagu itu dikeluarkan," katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Fauziah, walaupun lagu tersebut kini sering dimainkan di radio, dia sudah tidak menyimpan rasa sedih dan menganggap segala yang berlaku adalah perkara lalu.

 

"Saya pun sudah 'move on' dan tidak fikirkan perkara itu lagi. Saya sudah maafkan bekas suami (ND Lala). Lagipun bulan Ogos ini genap dua tahun kami berpisah. 

"Kalau dia buat lagu itu selepas enam bulan saya berpisah mungkin saya akan sedih tapi sekarang sudah tiada rasa," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bercinta dengan ustaz hanya gosip, ibu Shila Amzah mengaku sudah ada teman rapat

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah curang POV ibu sendiri, ramai tersentuh dengar lagu baharu Shila Amzah

 Menurut Fauziah, kehidupannya kini jauh lebih tenang dan bahagia berbanding semasa bergelar isteri  memandangkan bekas suaminya dahulu dikatakan terlalu mengongkong.  

"Dalam perkahwinan saya langsung tak dibenarkan bergaul dengan orang luar. Bekas suami sentiasa suruh dengar cakap dia.

"Ketika itu saya cuma ada anak-anak sebagai teman sehingga kawan anak sendiri jadi rakan saya. Malangnya kawan anak pula yang ambil suami kita.

"Saya memang tidak dibenarkan berkawan, bekas suami saya memang sangat cemburu, dia tak bagi saya ke mana-mana. Saya memang fokus keluarga sebelum ini," ujarnya.

Saya fikir kenapa nak rosakkan diri sendiri untuk perkara yang sia-sia.

FAUZIAH SARMAN

IBU SHILA AMZAH

 Jelasnya, selepas perceraian, dia mengambil masa enam bulan untuk memulihkan semangat dan kini lebih selesa dikelilingi rakan-rakan yang positif.  

"Hampir enam bulan saya terperuk di rumah. Selepas itu saya bangkit demi anak-anak. Saya fikir kenapa nak rosakkan diri sendiri untuk perkara yang sia-sia.

"Sekarang saya banyak pergi ke majlis ilmu, berzumba atau hiking. Saya lebih seronok dengan kehidupan baru, berkat rakan-rakan yang banyak membantu," kongsinya.

Pada tahun 2023 kecoh khabar angin mendakwa ND Lala atau Datuk Amir Amzah Salleh, 63, sudah berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada usianya.

Shila sentiasa menyokong ibunya.

Malah, individu itu dipercayai merupakan sahabat Shila sejak dibangku sekolah.

Fauziah dan ND Lala kemudiannya sah bercerai pada 2 Ogos 2023 menerusi lafaz melalui rakaman suara di WhatsApp.

Selain Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 35, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30, dan Nur Syuhada, 27.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain