suria

Kisah curang POV ibu sendiri, ramai tersentuh dengar lagu baharu Shila Amzah

Shila kongsi kisah ibu dalam lagu.

TAMPIL dengan lagu baharu berjudul Pernah Punya Aku, penyanyi Shila Amzah membawa kisah peribadi ibunya sebagai inspirasi karya berkenaan.

Kata Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 35, lagu yang dihasilkan sendiri sepenuhnya itu adalah tentang kecurangan berdasarkan pengalaman dilalui ibunya iatu Fauziah Sarman.

"Inspirasi kisah benar POV (point of view - sudut pandangan atau perspektif) mak saya sendiri. Kisah-kisah kecurangan," katanya.

Shila tulis sendiri lagu inspirasi kisah ibu. 

Shila berkongsi secara ringkas tentang perkara itu di Instastory miliknya pada Ahad bagi mempromosikan lagu tersebut yang baru sahaja dilancarkan.

Dalam satu hantaran berbeza sebelum ini Shila pernah memuat naik video teaser yang turut memberitahu perkara sama.

“Kisah inspirasi ibu bapa saya,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibayar dalam dolar dan bakat lebih dipandang negara luar, Shila Amzah hanya mampu ucap syukur 

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan 34 tahun berakhir, isteri dedah ND Lala sudah lafaz cerai

Video muzik Pernah Punya Aku mula dilancarkan di saluran YouTube Nova Music pada Ahad.

Lagu tersebut mengisahkan seorang wanita yang memilih untuk berpisah selepas mendapat tahu tentang kecurangan suaminya.

Lagu Pernah Punya Aku bawa kisah curang dalam rumah tangga. 

Karya ini juga salah satu lagu yang dimuatkan dalam album baharu Shila.

Kisah rumah tangga ibu bapa Shila sebelum ini pernah menjadi bualan ramai selepas bapanya yang juga penyanyi Datuk ND Lala berkahwin dua.

Fauziah kemudian memaklumkan suaminya melafazkan cerai melalui WhatsApp pada Ogos 2023 selepas 34 tahun mendirikan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain