suria

Muaz Zabir fokus perbaiki diri, tumpang gembira lihat kebahagiaan Bella dan Syed Saddiq

Muaz tumpang gembira lihat kebahagiaan Bella.

PERNAH digosipkan bersama Bella Astillah, pelakon Muaz Zabir tumpang gembira atas kebahagiaan yang sedang dinikmati oleh aktres itu bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 28, berkata dia tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan mereka termasuk dirinya sendiri.

"Kalau dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang Alhamdulillah, saya rasa saya tak patut komen apa-apa tentang kehidupan Bella.

Muaz dan Bella pernah digosipkan bercinta.

"Tapi saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua tidak kisahlah Bella, Syed Saddiq, Didi Astillah atau saya sendiri. Saya doakan yang terbaik dan berusaha menjadi lebih baik," katanya kepada mStar.

Muaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung di Petaling Jaya, pada malam Sabtu.

Menurut Muaz, dia kini sedang berada dalam fasa memperbaiki diri demi mencapai kehidupan yang lebih stabil dan selesa pada masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Status ibu tunggal bukan punca cinta tak jadi, Muaz Zabir dan Bella Astillah kekal berkawan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Muaz Zabir lebih terbuka dengan Bella Astillah, ramai doa daripada kecam… “Dia pun bukan isteri orang lagi”

Menurutnya, pelbagai perancangan sedang diatur, termasuk menyambung pelajaran dan menimba ilmu dalam bidang lakonan. 

"Saya dalam fasa memperbaiki diri,  menebalkan poket sendiri selain sedang berusaha untuk berniaga dan mantapkan lakonan.

"Dalam masa sama, saya juga cadang nak sambung belajar melalui pendidikan jarak jauh (PJJ)," kongsinya.

Bella dan Syed Saddiq didakwa mempunyai hubungan istimewa.

Sebelum ini, dalam sebuah podcast Bella atau Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, 31, mengakui dirinya sedang bahagia apabila menjalinkan hubungan persahabatan yang baik bersama Syed Saddiq.

Dia juga menyifatkan Ahli Parlimen Muar itu sebagai lelaki 'green flag' kerana mempunyai keperibadian yang baik.

Untuk rekod, Muaz dan Bella sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan istimewa apabila dilihat sering bersama menghadiri majlis-majlis tertentu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain