suria

Yuna Rahim turun 9 kg kerana ‘potong’ gula, rezeki makin banyak selepas ada anak

Yuna bersyukur rezeki berlakon masih banyak selepas bersalin.

BERJAYA menurunkan berat badan sebanyak 9 kg (kilogram) selepas bersalin, pelakon Yuna Rahim hanya menghadkan pengambilan makanan dan minuman bergula serta tidak makan pada waktu malam.

Tidak mahu dilihat terlalu kurus, Yuna atau Shafiqah Husna Abd Rahim, 30, berkata dia kini merancang untuk bersenam di gim bagi memastikan tubuh badannya kekal cergas. 

“Saya memang tak ambil gula langsung dan tak makan malam. Selepas bersalin hari itu berat saya daripada 62 kg sekarang dah 53 kg.

Yuna berjaya menurunkan berat badan sebanyak 9 kg.

“Tapi kalau kurus sangat nanti saya nampak sakit pula, jadi okaylah ada isi sikit.

“Saya rasa dah kena mula pergi gim, biasalah selepas bersalin badan wanita akan jatuh,” katanya kepada mStar.

Yuna berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa acara sesi ramah mesra bersama pelakon drama Lambaian Huda di Opera Cafe and Lounge, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Yuna bersyukur apabila dia menerima banyak tawaran berlakon selepas kembali aktif dalam dunia seni tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN:Yuna Rahim timang anak lelaki, beri nama Muhammad Hud Adyan

ARTIKEL BERKAITAN:Yuna Rahim terkesan baca berita kanak-kanak kena dera, mudah menangis sejak jadi ibu

Malah Yuna percaya tawaran tersebut hadir disebabkan dia menumpang rezeki daripada anaknya iaitu Muhammad Hud Adyan yang kini berusia 1 tahun.

“Alhamdulillah, tawaran berlakon semakin banyak sejak saya kembali membuat kemunculan semula menerusi drama Lambaian Huda.

“Saya juga percaya rezeki berlakon yang saya dapat sekarang ini juga merupakan rezeki anak,” ujarnya

Berkongsi lanjut,  kata Yuna suaminya iaitu Muhammad Nurakmal Ayub sentiasa memberi sokongan dan semangat untuk kembali aktif berlakon.

Yuna bahagia bersama suami dan anak.

“Saya bersyukur dikurniakan seorang suami saya sangat menyokong kerjaya seni saya,” katanya.

Untuk rekod Yuna dan Nurakmal mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2023.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Yuna iaitu Lambaian Huda mendapat maklum balas positif penonton sejak mula ditayangkan di platform penstriman Viu pada 29 Mei lalu.

Selain Yuna pelakon lain yang turut terlibat dalam naskhah berkenaan ialah Hisyam Hamid, Siti Hariesa, Elvina Chua, Fauzi Nawawi, Watie Sadali, Fendy Bakry dan Haidar Hasanudin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain