suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Babak aksi ‘single take’ terpanjang, Chelot terima pengiktirafan MBOR

Adrian berjaya mencipta MBOR menerusi filem Chelot.

PENGARAH Adrian Teh mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi filem aksi berjudul Chelot. 

Pengiktirafan itu diberikan selepas Adrian berjaya mencatat rekod baharu dalam kategori Babak Aksi ‘Single Take’ Terpanjang Dalam Filem (Longest Single-Take Action Sequence in a Movie).

Babak berkenaan dirakam menggunakan satu kamera tanpa suntingan sepanjang 1.9 kilometer, dengan durasi keseluruhan 5 minit 19 saat.

Adrian tampil kelainan dalam Chelot.

Lebih mengagumkan, produksi babak tersebut melibatkan skala besar dengan penyertaan 300 kru, selain mengambil masa 150 hari untuk persiapan dan 60 jam latihan intensif sebelum penggambaran sebenar dijalankan. 

Dalam kenyataan yang dikongsikan, Adrian menyifatkan pencapaian itu sebagai hasil usaha berpasukan, bukannya kejayaan individu semata-mata.

"Perancangan dan persediaan untuk babak tanpa suntingan (1 shot 1 take) tersebut mengambil masa berbulan-bulan kerana memerlukan pelaksanaan yang sangat teliti pada hari penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Kos RM20 juta, ‘Malbatt Misi Bakara’ jadi filem termahal Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Impian Adrian Teh beri mesej berharga... ‘Malbatt Misi Bakara’ kutip RM13.5 juta selepas 6 hari tayangan

"Pencapaian ini bukan kejayaan individu, tetapi hasil usaha kolektif seluruh pasukan produksi, yang direalisasikan dengan sokongan tidak berbelah bahagi daripada Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya. 

Sementara itu, Adrian turut berkongsi bahawa selepas mengarahkan Malbatt: Misi Bakara pada tahun 2022, dia memilih untuk berehat seketika daripada genre aksi bagi meneroka bentuk penceritaan berbeza dalam kerjaya arahannya sebagai pengarah dan penerbit.

“Selepas mengarahkan MALBATT: Misi Bakara pada 2022, saya memilih untuk berundur seketika daripada dunia aksi bagi memberi ruang dalam meneroka genre serta penceritaan berbeza, baik sebagai pengarah mahupun penerbit. 

Filem Chelot menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.

"Namun, kepulangan ini bukan sekadar untuk kembali ke genre yang sama, tetapi saya mahu kembali dengan sesuatu yang benar-benar segar, sesuatu yang belum pernah disaksikan dalam sinema Malaysia," ujarnya. 

Chelot diterbitkan oleh ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro Shaw, SunStrong Entertainment dan Marvelous Culture & Film. 

Poster teaser yang menampilkan Beto Kusyairy dan Shukri Yahya baharu saja dilancarkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain