suria

Impian Adrian Teh beri mesej berharga... ‘Malbatt Misi Bakara’ kutip RM13.5 juta selepas 6 hari tayangan

Adrian berbangga dengan kutipan filem Malbatt Misi Bakara.

FILEM inspirasi kisah benar Malbatt Misi Bakara mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan sebanyak RM13.5 juta selepas enam hari tayangan sejak 24 Ogos lalu.

Pengarah filemnya, Adrian Teh meluahkan rasa gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih dan berharap agar karya tersebut dapat memberi pengajaran buat penonton.

Tambah Adrian, dia juga ingin filem tersebut mendapat kutipan lebih tinggi sepanjang tempoh ia ditayangkan di pawagam.

malbatt2 - 1

Adrian berharap Malbatt Misi Bakara mendapat kutipan lebih tinggi.

"Saya berharap filem ini dapat mendidik dan memberi mesej berharga buat penonton... sasaran saya agar filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak yang boleh," katanya ketika dihubungi mStar.

Filem Malbatt Misi Bakara merupakan produksi termahal dalam sejarah pembikinan di Malaysia dengann menelan belanja sebanyak RM20 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Kos RM20 juta, ‘Malbatt Misi Bakara’ jadi filem termahal Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: 'Malbatt Misi Bakara' filem terakhir Hairul Azreen, umum bersara sebagai pelakon

Sebelum ini menerusi temu bual bersama mStar, Adrian mengakui di sebalik kegembiraan menerima dana besar daripada pelabur, ia juga memberi satu tekanan besar buatnya sebagai pengarah.

Kata Adrian, hampir 70 peratus wang tersebut diperuntukkan untuk membangunkan semula set kelengkapan tentera selain menjalani lokasi penggambaran di luar negara.

Sasaran saya agar filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak yang boleh.

ADRIAN TEH

PENGARAH

"Filem ini menceritakan tentang misi batalion askar Melayu yang berjuang mengikuti misi Malbatt di Somalia ketika perang tahun 1993. Jadi bukan mudah untuk bangunkan semula set kelengkapan tentera.

"Dalam masa sama, uniform yang dipakai oleh pelakon juga ditempah di Indonesia kerana ia tidak lagi dipakai oleh anggota tentera sekarang saya saya tidak boleh sewa," ujarnya.

Untuk rekod, Malbatt Misi Bakara merupakan terbitan bersama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.

malbatt1 - 1

Barisan pelakon filem Malbatt Misi Bakara.

Filem ini menjalani penggambaran di tiga lokasi utama iaitu Turkiye, Johor dan Lembah Klang.

Malbatt Misi Bakara menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam dan Iedil Dzuhrie.

Antara pelakon lain terlibat termasuk Nafiez Zaidi, Dafi Ismail, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain