PENGALAMAN menghadapi konflik keluarga selepas memeluk Islam lima tahun lalu menjadi inspirasi pengarah Bebbra Mailin untuk menghasilkan filem sulungnya berjudul Ninavau.
Menurut Bebbra, dia dibesarkan dalam keluarga Kristian Katolik di Sabah dan memeluk Islam pada tahun 2020 selepas berhijrah ke Semenanjung untuk melanjutkan pelajaran.
“Dibesarkan dalam keluarga Kristian Katolik di Sabah, saya berhijrah ke semenanjung pada usia 18 untuk melanjutkan pelajaran. Saya memeluk Islam pada 2020, dan setiap konflik keluarga yang ditonjolkan dalam filem ini adalah pengalaman peribadi saya sendiri.

Bebbra mengambil inspirasi daripada kisah hidupnya.
“Walaupun cerita ini lebih dekat dengan masyarakat Sabah, khususnya kaum Kadazan, mesej utama saya adalah tentang penerimaan keluarga dan toleransi. Pertukaran agama adalah pilihan peribadi, dan hubungan darah tetap utuh,” katanya.
Dalam pada itu, Bebbra turut berkongsi bahawa perjalanan peribadinya sebagai mualaf mempengaruhi naratif filem itu.
“Ketika mengarah filem pendek, saya masih beragama Kristian dan sering mempersoalkan tentang pertukaran agama dan nama. Namun, pada 2022 ketika mengarah filem ini, saya telah memeluk Islam.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah filem Azimat mahu tonjol sisi kreatif produksi Sarawak... "Tak semua kena kisah benar”
ARTIKEL BERKAITAN: Mudborn berjaya tambat hati penonton Malaysia, filem Mandarin paling laris 2025
"Naratif sedikit berubah, tetapi matlamat tetap sama: menyampaikan mesej positif walaupun isu ini sensitif,” ujarnya.
Sementara itu, penerbit Muzzamer Rahman menjelaskan, walaupun tiada adegan seksual atau ganas, filem ini diklasifikasikan P16 kerana kandungan agama dan beberapa babak di gereja.
Pihaknya juga sentiasa berhati-hati pada setiap paparan babak agak tidak menyentuh isu sensitiviti dalam kalangan masyarakat.
"Kami sangat berhati-hati menulis skrip kerana isu ini sensitif. Sebelum diserahkan kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF), kami sendiri telah menapis mengikut garis panduan. Satu babak yang dikeluarkan adalah watak utama makan babi.

Antara babak dalam filem Ninavau.
"Walaupun pelakon beragama Kristian, wataknya adalah seorang wanita Islam, jadi untuk mengelakkan kontroversi, kami buang babak tersebut," ujarnya.
Filem ini menampilkan pelakon asal Sabah, Jovenea Jim (Ninavau), Edward Sinsong (Edward), Tati Eliana Tonny (Elvira), serta diserikan oleh Fatimah Abu Bakar dan Hasnol Rahmat.
Ninavau sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 4 Disember.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


