suria

‘Malam Terlarang’ kutip RM11 juta, tembusi pasaran Singapura

Filem Malam Terlarang sudah menemui penonton di pawagam sejak 30 Oktober lalu.

FILEM seram terbaharu terbitan Astro Shaw, Malam Terlarang terus mencetuskan fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM11 juta di pawagam seluruh negara sejak mula ditayangkan pada 30 Oktober lalu.

Menurut Penerbit Eksekutif Malam Terlarang merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, sambutan luar biasa itu membuktikan karya tempatan masih mendapat tempat dalam kalangan penonton.

“Sambutan memberangsangkan daripada penonton terhadap Malam Terlarang benar-benar mengagumkan. 

Malam Terlarang berjaya mencipta rekod membanggakan apabila meraih RM11 juta kutipan di pawagam. 

"Filem ini juga sudah memulakan tayangan di rangkaian pawagam Singapura sejak 20 November lalu. 

"Kami amat teruja melihat reaksi positif penonton, sekali gus membuktikan karya tempatan mampu menembusi pasaran serantau. Terima kasih kepada semua penonton yang menyokong Malam Terlarang,"katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. 

Malam Terlarang lahir daripada idea asal Hazo Mahayuddin, Haris M. Nor, Ariff Zulkarnain dan Nazifdin Nasrudin, mengetengahkan tema gelap berkaitan obsesi terhadap ilmu hitam, konflik keluarga, psikologi manusia dan isu kemanusiaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya ada amalan jadi pendinding diri, jaga solat dan percakapan... Kongsi pengalaman seram ‘Malam Terlarang’

ARTIKEL BERKAITAN: "Dekat luar ramai orang mengarut"... Zul Ariffin tak mahu buang masa pindah Makkah

Filem ini mengisahkan Mawar (Shasha Abedul), remaja 18 tahun dari Kampung Pasir Larung yang menyimpan cita-cita menjadi wartawan, namun impian itu tertangguh demi menjaga ibunya Sarimah (Datin Sofea Jane), sementara ayahnya Omar (Zul Ariffin) aktif dalam arena politik.

Konflik memuncak selepas kematian kakaknya, Safar (Aila Azizul), yang membuka lembaran gangguan mistik dan membawa Mawar menyelidiki punca sebenar di sebalik kejadian paranormal yang menghantuinya.

Barisan pelakon turut dibarisi Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Amir Nafis, Haneesya Hanee dan Sadiq M. Jamil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia