suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fabian Loo imbau bergelut lumpur... ‘dikunjungi’ ular, kala jengking demi ‘Peluru Senja‘

Fabian teruja berpeluang terlibat dalam filem 'Peluru Senja' yang bertaraf antarabangsa.

AKTOR Fabian Loo yang bakal muncul dengan filem terbaharu, Peluru Senja mendedahkan peluang membintangi karya tentang perang dunia kedua itu meninggalkan impak tersendiri.

Ujar Fabian, 36, antara pengalaman paling sukar dilupakan berlaku ketika menjalani penggambaran di Bali, Indonesia adalah babak serang hendap di kawasan hutan. 

“Jika diingat balik saya sendiri tidak sangka kami sanggup lakukan. Realiti ketika tinjauan lokasi (recce) dan hari penggambaran sangat berbeza.

Fabian terasa seperti mimpi ngeri melakonkan babak yang menuntut ketahanan fizikal.

"Ketika tinjauan lokasi, produksi jumpa satu kawasan hutan yang sesuai untuk babak serangan hendap. Tapi dua minggu hujan turun tanpa henti telah mengubah lokasi itu menjadi lumpur. 

"Suka atau tidak, kami semua terpaksa bergelut dengan keadaan itu sambil ditemani ular, cicak yang besar dan kala jengking yang sebenar," katanya.

Selain Fabian, filem itu turut dibintangi Hazman Al Idrus (Malaysia), Asmara Abigail (Indonesia) dan Brett Tutor (Amerika Syarikat).

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rain Town’ wakil Malaysia ke festival filem di China, masuk panggung tempatan 8 Feb 2024 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Stone Turtle’ filem bahasa Melayu pertama bertanding di Locarno, Bront Palarae pula calon pelakon terbaik

Filem aksi sejarah yang berlatarkan Tanah Melayu pada tahun 1948 menggabungkan pelakon dan tenaga kreatif dari empat negara Malaysia, Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, Fabian berkata, pembabitan dalam produksi itu menuntut ketahanan sebenar daripada barisan pelakon.

“Memang terasa seperti mimpi ngeri, tetapi mujurlah tiada sesiapa yang cedera sepanjang penggambaran berlangsung,” katanya yang dikenali menerusi filem Rain Town dan Magik Rompak.

Asmara akui filem ini digarap gaya moden bagi mengelakkan ia dianggap 'kelas sejarah'.

Sementara itu, Asmara Abigail memberitahu, pihak produksi sejak awal tidak mahu Peluru Senja kelihatan seperti sebuah ‘kelas sejarah’ yang berat untuk ditonton generasi muda. 

Sebaliknya, kisah berlatarbelakangkan tahun 1948 itu digarap dengan pendekatan moden, sinematografi berani, efek terkini dan muzik yang lebih bertenaga.

Menariknya, pembikinan filem tersebut turut menemukan pelakon dan kru daripada latar negara serta budaya berbeza sehingga membuka ruang kepada mereka mengenali Malaysia dengan lebih dekat.

Peluru Senja akan ditayangkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.

“Walaupun barisan kru dan pelakon filem ini dibarisi oleh pasukan antarabangsa, kami sangat akrab antara satu sama lain sejak awal penggambaran.

“Menerusi filem ini, Brett belajar banyak tentang sejarah dan budaya Malaysia. Jadi, Peluru Senja bukan sekadar projek lakonan untuk kami, tetapi lebih daripada itu,” katanya.

Diterajui oleh pengarah India, Anshul Tiwari, Peluru Senja bakal menjengah pawagam pada 28 Ogos ini bersempena minggu ulang tahun kemerdekaan Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Fabian Loo, Asmara Abigail

Artikel Lain