Penyanyi transgender 'Bobo Dimana', Lucinta Luna ditangkap, polis bingung tempatkan di lokap lelaki atau perempuan - Bintang Global | mStar

Penyanyi transgender 'Bobo Dimana', Lucinta Luna ditangkap, polis bingung tempatkan di lokap lelaki atau perempuan

Lucinta popular di Malaysia menyanyikan lagu Bobo Dimana bersama Aliff Syukri dan Sajat.

PENYANYI dangdut Indonesia, Lucinta Luna ditangkap polis Selasa lalu selepas dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis ecstacy.

Bagaimanapun, polis Indonesia bingung sama ada mahu menempatkan penyanyi transgender berumur 30 tahun itu di lokap lelaki atau wanita, selepas selesai proses siasatan nanti sebelum menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff nafi ciplak lagu, Lucinta Luna dakwa penyanyi asal sengaja tumpang populariti Bobo Dimana

“Sel (lokap) perempuan atau laki (lelaki), kami belum (memastikan), penahanan masih di ruang penyelidikan (bilik siasatan),” kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun.

Lucinta Luna

Lucinta popular dengan lagu berjudul ‘Bobo Dimana’. Penyanyi itu pernah menghasilkan klip video lagu berkenaan bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat.

Menurut media tempatan, Lucinta atau nama asalnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada jam 1.30 pagi.

Selebriti itu ditahan bersama tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan sepasang suami isteri, dan pihak polis menemukan beberapa pil ecstacy di apartmennya.

Sehingga hari ini, Lucinta masih disoal siasat polis Metro Jakarta Barat. - BERNAMA

Lucinta Luna

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain