suria

Kang Daniel sedia 'comeback' setelah berehat panjang kerana depresi

Kang Daniel bakal buat kemunculan semula tidak lama lagi. Foto: SOOMPI

PENYANYI Kang Daniel dilaporkan sudah bersedia untuk kembali aktif dalam industri hiburan setelah berehat sejak hujung tahun lalu.

Menurut laporan Soompi, maklumat tersebut telah disampaikan oleh salah seorang wakil dari pengurusan acara SBS F!L menerusi satu kenyataan pada Selasa.

"Kang Daniel kini berada di Amerika Syarikat sedang menjalani penggambaran  sebuah program, 'Hello Daniel'... cumanya masih belum ada maklumat lanjut," kata SBS F!L.

ARTIKEL BERKAITAN: Kang Daniel umum berehat dari industri kerana depresi

Sementara itu, pihak agensi pengurusan KONNECT Entertainment turut mengesahkan mengenai berita gembira tersebut.

"Memang betul Kang Daniel sedang shooting di Amerika Syarikat, namun tarikh siaran program itu masih belum diketahui.

"Dia turut merancang untuk persiapan album baharu tetapi sehingga kini masih belum ada jawapan. Kami akan kongsi lebih banyak maklumat setelah mendapat keputusan itu," kata pengurusan.

Pada Disember tahun lalu, Kang mengakui dia mula berasa tekanan dan meluahkan rasa penat selepas menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Dia turut meluahkan rasa sedih apabila ahli keluarganya menjadi sasaran dan menerima kecaman serta cacian di laman sosial.

Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk berehat sementara daripada industri hiburan.

Kang Daniel

Artikel Lain