suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemunculan Eminem buat Billie Eilish bingung, netizen kata terlalu muda untuk faham muzik hip hop

Billie Eilish jadi bualan hangat netizen kerana dikatakan bingung dengan kemunculan Eminem di anugerah Oscars.

PENAMPILAN khas penyanyi rap terkenal Eminem di Anugerah Akademi ke-92 (Oscars) yang berlangsung pada Ahad (waktu tempatan) mengejutkan para tetamu malah menjadi bualan hangat netizen di laman sosial.

Paling mencuri perhatian ialah reaksi penyanyi dan komposer muda Amerika Syarikat iaitu Billie Eilish yang kelihatan tidak terpegun dengan kehadiran penyanyi yang terkenal dengan jolokan Rap God itu.

Berbeza dengan Billie yang baru berusia 19 tahun, para tetamu lain yang dilihat cukup terhibur dengan persembahan tersebut.

Kemunculan Eminem sebagai salah seorang penyanyi yang membuat persembahan pada malam tersebut dikhabarkan dirahsiakan daripada pengetahuan tetamu.

Billie Eilish turut membuat persembahan pada malam Anugerah Akademi ke-92 (Oscars)

Eminem menyampaikan lagu Lose Yourself yang pernah memenangi kategori Muzik Original Terbaik Oscars pada tahun 2013.

Untuk rekod, Eminem, 47, merupakan artis hip hop pertama dalam sejarah yang menerima penghargaan Oscars.

Lose Yourself dilancarkan pada tahun 2002 sebagai runut bunyi untuk filem 8 Mile.

eminem, billie eilish

Artikel Lain