suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chungha derma RM69,000 beli topeng muka untuk kanak-kanak di China

Chungha mahu kanak-kanak membesar dalam keadaan selamat dan sihat.

ISU wabak koronavirus menjadi perhatian seluruh dunia sejak minggu lalu.

Sempena ulang tahun kelahiran yang ke 24 tahun pada Ahad, penyanyi Chungha memberi sumbangan sebanyak USD16,800 iaitu RM69,578 bagi membeli topeng muka untuk kanak-kanak.

Menurut laporan Soompi, jumlah wang yang diberikan Chungha itu boleh membeli kira-kira lebih 10,000 topeng muka.

"Saya berharap sumbangan ini dapat membantu kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga tidak berkemampuan dan sukar untuk mendapatkan topeng muka.

"Supaya semua kanak-kanak boleh membesar dengan selamat dan sihat," katanya.

Wabak 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) bermula di Wuhan, China sejak awal Februari lalu dan kini sudah merebak ke seluruh dunia.

Chungha, Koronovirus

Artikel Lain