suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lindsay Lohan tayang teman lelaki baharu di Instagram

Lindsay Lohan tayang kekasih di Instagram.

RUPA-rupanya dalam diam pelakon dan penyanyi Lindsay Lohan kini sudah mempunyai teman istimewa.

Menurut laporan Hollywoodlife, Lindsay ada berkongsi mengenai kekasih baharunya di kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Bagaimanapun, kapsyen tersebut dipadam dan digantikan dengan emoji senyum sebaik sahaja selepas beberapa minit dimuat naik.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Lindsay memadam kapsyen tersebut memandangkan ia perkara yang baik.

Lindsay memuat naik foto dia bersama beberapa orang rakannya dan netizen membuat andaian salah seorang daripada mereka adalah kekasih aktres itu.

Lindsay Lohan

Artikel Lain