suria

“Jangan lari ke Kanada, membosankan!” - Madonna pelawa Putera Harry, Meghan sewa apartment miliknya di New York

Madonna tawarkan apartment miliknya untuk disewa oleh pasangan diraja, Putera Harry dan Meghan. Foto: People.com

PENYANYI Madonna menawarkan kediaman untuk diduduki oleh pasangan diraja iaitu Putera Harry dan isteri, Meghan.

Menurut laporan People, Madonna berkata lebih baik jika pasangan ini tinggal di apartment miliknya di New York, Amerika Syarikat berbanding di Kanada.

"Jangan lari ke Kanada, di sana sangat membosankan. Saya mahu menyewakan apartment di kawasan Central Park West.

ARTIKEL BERKAITAN: Putera Harry, Meghan pilih undur diri dari keluarga diraja

"Ada dua bilik tidur dan pemandangannya terbaik di Manhattan. Adakah Putera Harry dan Meghan mahu menyewa apartmentku?" tulisnya di laman Instagram.

Perkongsian Madonna itu mengundang pelbagai komen daripada pengikut.

Walaupun ada yang menganggap ia sebagai gurauan, namun ada juga yang mengecam tindakannya menggelar Kanada negara yang bosan.

Pada 8 Januari lalu, Putera Harry dan Meghan Markle membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada menjalankan tugas-tugas rasmi diraja.

Pengumuman itu dibuat The Duke dan Duchess of Sussex itu dalam satu kenyataan di Instagram mereka.

Dalam kenyataan itu, pasangan itu mendedahkan mereka akan berpindah ke Amerika Utara tahun ini.

Madonna, Putera Harry, Meghan

Artikel Lain