Putera Harry, Meghan pilih undur diri dari keluarga diraja

Putera Harry dan Meghan mengambil keputusan untuk berpindah ke Amerika Utara.

PUTERA Harry dan Meghan Markle membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada menjalankan tugas-tugas rasmi diraja.

Pada masa sama mereka juga tidak akan mengambil elaun rasmi diraja.

Pengumuman itu dibuat The Duke dan Duchess of Sussex itu dalam satu kenyataan di Instagram mereka malam Rabu.

Dalam kenyataan itu, pasangan itu mendedahkan mereka akan berpindah ke Amerika Utara tahun ini.

"Selepas berfikir panjang dan melakukan perbincangan dalaman selama berbulan-bulan, kami memilih untuk melakukan peralihan tahun ini untuk memulakan peranan baru yang progresif dalam institusi ini.

"Kami berhasrat untuk meninggalkan keluarga diraja dan bekerja secara bebas sambil terus memberikan sokongan penuh kepada Ratu Elizabeth.

"Dengan sokongan kamu, terutamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami bersedia membuat perubahan ini. Kami kini merancang untuk membahagikan masa kami antara United Kingdom dan Amerika Utara, dan terus menghormati tugas kami kepada Ratu," demikian menurut kenyataan itu.

Pasangan itu turut membincangkan mengenai masa depan Archie dan rancangan mereka untuk membesarkannya.

Putera Harry dan Meghan baru sahaja kembali ke UK selepas bercuti Krismas selama enam minggu di Kanada.

Malah pasangan itu didakwa tidak lagi akan menggunakan gelaran diraja (Her Royal Highness). - Mirror.co.uk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain