suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

WhatsApp bakal sekat jutaan telefon bimbit bulan depan

Aplikasi WhatsApp kini tidak lagi menyokong telefon bimbit menggunakan sistem lama.

JUTAAN pengguna akan terjejas apabila aplikasi WhatsApp tidak lagi boleh digunakan telefon bimbit tertentu bermula bulan depan.

Aplikasi yang dimiliki Facebook itu berhenti menyokong beberapa peranti pada 31 Disember lalu.

Pada 31 Disember lalu, WhatsApp berkata aplikasi itu tidak akan menyokong mana-mana telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Windows selepas tarikh itu.

Bermula 1 Februari ini, telefon model iPhone yang menggunakan perisian lama daripada iOS7 tidak lagi dapat menggunakan aplikasi Whatsapp. 

Ia turut akan menjejaskan pengguna telefon pintar yang menggunakan sistem Android versi 2.3.7.

WhatsApp berkata sesiapa sahaja yang menggunakan telefon bimbit versi lama itu tidak lagi boleh membuat akaun baru.

Katanya lagi, sekatan itu dilakukan kerana mahu fokus membangunkan dan memperbaiki fungsi serta ciri-ciri aplikasi WhatsApp pada telefon terkini.

WhatsApp hanya boleh beroperasi pada peranti yang menggunakan sistem Android 4.03 ke atas dan telefon pintar iPhone menggunakan iOS 9 ke atas sahaja.

Model telefon lain yang telah pun disekat daripada menggunakan aplikasi WhatsApp adalah Nokia Symbian S60, BlackBerry OS dan BlackBerry 10, Nokia S40, Windows Mobile dan iOS 7 dan Android 2.3.7. - Metro.co.uk

WhatsApp, sekatan

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia