suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat terhempas di Tehran, semua 167 penumpang dan anak kapal maut

Sebahagian bangkai pesawat Ukraine yang terhempas dekat Tehran, selepas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, Tehran. Foto Iran Press/Handout/Reuters

SEMUA 167 penumpang dan sembilan anak kapal sebuah pesawat penumpang Ukraine yang terhempas berhampiran ibu kota Tehran pada awal pagi Rabu, disahkan terkorban, lapor agensi berita Turki, Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai.

Angka korban sebelum ini diumumkan sebagai 170 penumpang dan 10 anak kapal, namun seorang jurucakap lapangan terbang kemudian memberikan jumlah terkini.

Salah satu enjin milik pesawat yang terhempas. Foto Iran Press/Handout/Reuters

Pesawat jenis Boeing 737 milik sebuah syarikat penerbangan Ukraine itu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini sejurus selepas berlepas, kata Pir Hossein Kolivand, pegawai kecemasan Iran.

Pesawat itu dalam perjalanan ke Kiev. - Bernama

Artikel Lain