suria

Lelaki terkejut lihat ibu jari kakinya dihisap ketika sedang tidur

Seorang lelaki yang sedang tidur terbangun apabila mendapati seorang lelaki lain menghisap jari kakinya. -foto Shutterstock

SEORANG lelaki trauma selepas terbangun dari tidur pada tengah malam dan mendapati seorang penceroboh sedang menghisap jari kakinya.

Mangsa, 20, memberitahu lelaki tidak dikenali itu bahawa dia tidak mempunyai wang tetapi lelaki itu menjawab bahawa dia tidak mahu wang tunai sebaliknya hanya mahu 'menghisap jari kaki', menurut laporan polis.

Mereka mula bergelut, dengan suspek mengugut akan mengeluarkan pistol dari seluarnya dan memegang kemaluannya jika terus melawan.

Mangsa bernasib baik kerana lelaki itu tidak mengeluarkan pistol selain berjaya menolaknya ke luar.

Sebelum berlalu pergi, lelaki itu sempat memecahkan cermin kereta mangsa, lapor Brandenton Herald.

Polis telah dihubungi untuk ke tempat kejadian di Bradenton, Florida, pada malam Krismas dan membawa anjing pengesan.

Bagaimanapun, polis masih belum membuat sebarang tangkapan.

Mereka mengambil sampel DNA dari jari kaki mangsa untuk cuba menjejakinya tetapi belum menemui sebarang padanan dalam pangkalan data.

Tiada kes yang serupa telah dilaporkan sebelum ini. -Metro UK

trauma, ibu jari, jenayah, ceroboh

Artikel Lain