suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akibat cemburu pemuda gigit hidung bekas teman wanita hingga putus

Danylko mengalami kecederaan parah di hidung selepas digigit bekas teman lelakinya dalam satu pergaduhan baru-baru ini.

MALANG tidak berbau bagi seorang wanita apabila mengalami kecederaan parah di bahagian hidung selepas diserang bekas teman lelakinya.

Allyson Danylko, 24, mendakwa bekas teman lelakinya, Nick Grewal bertindak menggigit hidungnya sehingga putus dalam satu pergaduhan di dalam bilik air di kediamannya di Toronto, Kanada.

Mereka dilaporkan bertengkar di sebuah kelab malam pada malam sambutan Tahun Baru sebelum insiden bertukar serius apabila mereka pulang ke rumah.

Danylko mendakwa Grewal, 30, cemburu mengenai rancangannya untuk bercuti ke Costa Rica tanpa dirinya.

Mangsa mendakwa sering dikasari Grewal sepanjang perhubungan mereka dan mengakui menyesal kerana terus menerimanya sebelum ini.

Tinggal kenangan... Saat bahagia Danylko bersama Grewal.

"Dia tidak mahu saya pergi ikut serta percutian itu. Dia bertindak melampau apabila menggigit hidung saya hingga putus.

"Hidung saya berdarah tetapi saya berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan jiran. Polis datang dan akhirnya saya dibawa menaiki ambulans," katanya.

Danylko percaya hidungnya itu ditelan oleh Grewal atau dibuang ke dalam tandas.

Wanita itu dijangka menjalani pembedahan rekonstruktif untuk membaiki hidungnya dengan menggunakan kulit di bahagian telinganya pada Mac depan. - Mirror.co.uk

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia