suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat budak 10 tahun ditemui dalam gear mendarat pesawat

Mayat kanak-kanak itu ditemui di dalam ruang peralatan mendarat sebuah pesawat Air France.

SEORANG budak berusia 10 tahun ditemui maut dalam gear mendarat sebuah pesawat yang berlepas dari Abidjan, Ivory Coast.

Mayat itu ditemui sebaik pesawat Air France itu mendarat di Paris kira-kira pukul 5 petang Selasa.

Identiti mayat itu dikenal pasti sebagai budak lelaki.

Air France berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian budak lelaki itu.

"Air France mengesahkan satu mayat ditemui dalam gear mendarat pesawat AF7-3 yang berlepas dari Abidjan (ABJ) menuju ke Paris-Charles de Gaulle pada 7 Januari lalu," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan media.

Jarak perjalanan antara Abidjan dan Paris mengambil masa kira-kira enam jam.

Suhu sub-sifar di dalam pesawat boleh menyebabkan kematian dalam tempoh beberapa minit selepas pesawat berlepas. - Mirror.co.uk

mayat, pesawat, Air France

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia