suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu beri bayangan Ayu Ting Ting sedang dilamun cinta

Netizen mendoakan Ayu bertemu jodoh yang baik.

SELEPAS bercerai dengan suaminya Enji pada 2014, penyanyi dangdut Indonesia Ayu Ting Ting dilihat lebih selesa menjalani kehidupan solo.

Bagaimanapun, baru-baru ini ibu kepada Ayu iaitu Umi Kalsum memberi bayangan anaknya itu kini sedang dilamun cinta di Instagram.

"Ada orang tengah bahagia. Nampak aura mukanya itu. Anak ibu tengah dilamun cinta ya," tulisnya.

Ibu dedah Ayu kini dilamun cinta.

Rata-rata pengikut di laman sosialnya mendoakan kebahagian Ayu dan berharap penyanyi itu dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Malah, ada seorang netizen yang ingin menjodohkan Ayu dengan pelakon Didi Riyad memandangkan hubungan mereka dilihat semakin rapat sejak tahun lalu.

Sumber - Liputan6

Ayu Ting Ting

Artikel Lain