suria

Pelakon drama The Princess Man, Hong Soo Hyun kahwin Mei ini, maklumat majlis dirahsiakan atas isu peribadi

Hong Soo Hyun bakal adakan majlis kecil-kecilan sahaja.

TIADA angin tiada ribut, pelakon Hong Soo Hyun dikhabarkan bakal melansungkan perkahwinan sekitar bulan Mei.

Memetik laporan Allkpop, Hong Soo Hyun bakal mendiri rumah tangga dengan teman lelakinya yang bukan dalam kalangan selebriti.

Berita gembira itu juga disahkan oleh agensi FN Entertainment yang mengatakan segala maklumat berhubung majlis pasangan itu akan dirahsia kerana ia melibatkan isu peribadi.

"Memang benar Hong Soo Hyun bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang sama usia dengannya sekitar pertengahan Mei.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bagaimanapun, ia merupakan isu peribadi dan segala maklumat mengenai perkahwinan itu akan dirahsiakan. Disebabkan masih berdepan pandemik Covid-19, majlis itu akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja," katanya.

Untuk perkembangan mengenai lakonannya, Hong Soo Hyun merancang untuk menerima tawaran untuk berlakon dalam drama siri Police Lessons.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain