suria

‘Vincenzo’ beri impak besar terhadap kerjaya Kwak Dong Yeon, kagum populariti Song Joong Ki

Kwak Dong Yeon (kiri) mengagumi lakonan Song Joong Ki (kanan). Foto: Soompi

PELAKON Kwak Dong Yeon mengakui drama Vincenzo meninggalkan kesan cukup besar dalam karier seninya.

Menurut laporan CNN, Kwak Dong Yeon berkata drama arahan Kim Hee Won itu membuka lembaran baru selepas hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.

“Saya sangat berterima kasih dengan pengarah Vincenzo kerana kerjaya lakonan saya nampak berbeza sebelum dan selepas saya bertemu dengannya.

“Membawakan watak Jang Han Seo, saya belajar banyak perkara untuk terus berkembang, malah berpeluang bekerja dengan ramai pelakon senior yang saya hormati, ” katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Kwak Dong Yeon meluahkan rasa syukur apabila lakonannya itu menerima pujian penonton.

Malah, dia turut mengagumi pengaruh pelakon utama Song Joong Ki yang berjaya membawa watak Vincenzo dengan begitu baik.

"Dia (Son Joong Ki) berjaya bawa watak itu dengan begitu baik sampai ke jiwa," puji pelakon berusia 24 tahun ini.

Kwak Dong Yeon sebelum ini pernah membintangi beberapa drama antaranya Never Twice (2019-2020), My ID is Gangnam Beauty (2018), dan Love in the Moonlight (2016).

Namanya mula menjadi sebutan ramai selepas kemunculan dalam beberapa episod It's Okay to Not be Okay (2020).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain