suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan cinta empat tahun Jinwoon 2AM dan Kyung Li sudah berakhir

Jinwoon dan Kyung Li mula bercinta sejak tahun 2017.

HUBUNGAN istimewa di antara ahli kumpulan 2AM, Jinwoon dengan penyanyi dan pelakon Kyung Li akhirnya berantakan selepas empat tahun mereka menjalinkan cinta.

Pasangan ini dikhabarkan mula berpacaran pada Februari 2017 namun hanya pada November 2019 mereka mendedahkan perkara itu kepada umum.

Agensi pengurusan Kyung Li, YNK Entertainment mengesahkan perkara tersebut menerusi kenyataan media yang dikeluarkan mereka.

"Ya betul, Kyung Li dan Jinwoon baharu sahaja putus cinta baru-baru ini," kata kenyataan tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Walaupun hubungan mereka sudah terlerai, namun ia tidak memberi kesan terhadap perkembangan kerjaya pasangan tersebut.

Jinwoon, 31, kini dikhabarkan bakal terlibat dalam filem Am I The Only One Seeing This? yang mana ia merupakan projek filem terbaharunya selepas tamat latihan militari pada Oktober tahun lalu.

Sementara itu, Kyung Li, 31, pula masih lagi terlibat dalam penggambaran drama bersiri terbitan JTBC berjudul Undercover. - Allkpop

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Jinwoon 2AM, Kyung Li, Kpop

Artikel Lain