suria

Wow! Justin Bieber dikhabar bakal berduet dengan BTS

Justin Bieber dan BTS kini bernaung di bawah label muzik yang sama, HYBE.

KHABAR angin bertiup kencang mengatakan dua penyanyi popular iaitu Justin Bieber dan kumpulan kpop BTS bakal tampil dengan single duet mereka dalam masa terdekat.

Memetik laporan Page Six, perkara itu disahkan sendiri oleh sumber yang boleh dipercayai kepada wakil mereka.

"Buat masa ini mereka sedang mengumpul material untuk lagu tersebut dan mahu memastikan kolaborasi ini berjaya," kata sumber tersebut.

Menurut sumber itu lagi, single tersebut bakal dimuatkan dalam album terbaharu Justin, Justice yang mungkin akan diterbitkan sekali lagi agar ia terus mendaki carta album popular tahun ini.

Kerjasama di antara Justin dan BTS dilihat bukan satu perkara mustahil memandangkan kedua-dua selebriti itu kini bernaung di bawah label muzik yang sama, HYBE.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

HYBE yang dahulunya dikenali sebagai Big Hit Entertainment merupakan syarikat pengurusan yang telah menaikkan nama BTS.

HYBE kemudiannya telah membeli saham syarikat Scooter Braun, Ithaca Holdings sebanyak AS$ 1 bilion (RM4.1 bilion) pada bulan lalu.

Selain Justin, antara penyanyi yang bernaung di bawah Ithaca Holdings ialah seperti Ariana Grande, Demi Lovato dan J Balvin.

Sehingga kini, HYBE masih belum tampil dengan sebarang kenyataan bagi mengesahkan tentang kolaborasi di antara Justin dengan BTS.

BTS yang popular dengan lagu Dynamite dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Justin Bieber, BTS, Hollywood, Kpop, HYBE

Artikel Berkaitan

Artikel Lain