suria

Anak dedah perubahan ketara Sule selepas berkahwin dengan Nathalie Holscher

Sule bersama anak keduanya, Putri Delina.

BIARPUN rumah tangga Sule dan Nathalie Holscher sudah kembali baik, namun anak kedua pelawak itu iaitu Putri Delina berpindah keluar dari rumah mereka.

Memetik laporan Liputan6, Putri Delina yang merupakan anak kedua Sule hasil perkahwinan terdahulu mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal bersama bapa dan ibu tirinya.

Malah, Putri Delina turut mendedahkan sikap bapanya yang sudah berubah sejak berkahwin namun menganggap perubahan tersebut sangat baik.

"Ada perubahan. Jika nak ajak ke pusat membeli-belah memang sukar. Sebelum ini, pernah dia ajak pulang awal sebab bosan. Tapi sekarang, ayah lawan perasaan malas itu dan sentiasa melayan keluarga," dedahnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Baru-baru ini, rumah tangga pasangan selebriti terkenal itu dikatakan goyah selepas bekas disc jockey (DJ) itu keluar dari rumah dan tinggal bersama neneknya, Hetty Holscher.

Memilih untuk terus mengunci mulut, Sule atau nama sebenar Sutisna, 44, berkata masalah rumah tangganya dengan isteri adalah hal peribadi dan tidak perlu dikongsi kepada umum.

Bagaimanapun selepas beberapa hari berjauhan, Nathalie kembali ke sisi suaminya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain