suria

Sering habiskan masa bersama, Jennifer Lopez kembali bercinta dengan Ben Affleck?

Jennifer Lopez dan Ben Affleck sebelum ini pernah bercinta pada tahun 2002.

PENYANYI Jennifer Lopez kini dikatakan kembali menjalin cinta dengan bekas tunangnya, aktor Ben Affleck.

Kedua-duanya dilihat menghabiskan masa bersama di kediaman Jennifer, 52, di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Jennifer dan Ben, 49, sebelum ini pernah menjalinkan cinta pada 2002 sehingga membawa ke fasa pertunangan namun hubungan itu terlerai pada 2004.

"Mereka banyak menghabiskan masa bersama sejak kebelakangan ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kelihatannya seperti mereka masih lagi saling mencintai di antara satu sama lain," kata sumber yang rapat dengan pasangan tersebut.

Penyanyi lagu On The Floor itu baru-baru ini baharu sahaja putus cinta dengan tunangnya, bekas pemain baseball profesional, Alex Rodriguez.

Menerusi kenyataan media bersama yang dikeluarkan pada 15 April lalu, Jennifer dan Alex mengambil kata sepakat untuk memutuskan pertunangan mereka selepas empat tahun bersama. - People

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain