suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu satu bumbung dengan Blackpink, Naeun (Apink) tinggalkan Play M untuk kejar impian

Na Eun A Pink keluar dari agensi Play M dan dikabarkan akan menyertai YG Entertainment.

AHLI kumpulan idola K-pop Apink, Naeun akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan agensi lamanya, Play M Entertainment, selepas kontraknya tamat.

Menerusi laporan Soompi, Naeun dikhabarkan akan menyertai agensi yang sama dengan kumpulan terkenal Blackpink dan Big Bang iaitu YG Entertainment.

Bagaimanapun Naeun tetap bersama kumpulan A Pink biarpun lima anggota lain masih meneruskan kontrak dengan agensi tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Helo, ini adalah Play M Entertainment. Kami baru-baru ini memperbaharui kontrak kami dengan Apink's Park Chorong, Yoon Bomi, Jung Eun Ji, Kim Namjoo, dan Oh Hayoung.

"Kami akan memberi sokongan berterusan agar lima anggota dapat menjalankan aktiviti mereka secara aktif.

"Setelah berbincang secara matang dengan anggota dan agensi tersebut, Naeun memutuskan untuk tidak memperbaharui kontraknya untuk mengejar impian barunya.

"Kami menghormati keputusan Naeun, dan kami dengan ikhlas akan menyokong. Kami mengucapkan terima kasih kepada Son Naeun yang telah lama tinggal bersama syarikat itu," tulisnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain